:: Penghujung Rindu ::


Bila kekasih mengundang aku pulang

Mahligai menanti penuh gemilang


Bila kekasih menyingkap tabir cinta

Tiada terbatas dengan kata-kata

Dapatkah aku membalas dengan air mata

Tanda syukur menerima

Setelah sekian lama

Menghamba hidup pada dunia


Seribu tahun takkan sama

Sesaat bersatu dalam nyata

Kerna kasih ku sanggup korbankan

Jasad dan nyawa


Terang bulan kerana mentari

Hadir bayang kerana cahaya

Begitulah cinta kita


Tiada jarak pemisah lagi

Tiada garis sempadan budi

Aku terima dan jua memberi

Seikhlas hati


Seribu tahun dan sejuta langkah

Seribu tahun bersinar cinta

Kita bertemu di penghujung rindu

.....................................................................................




Assalamualaikum.


[1] Berita gembira.


Saya dah beli tiket bas dari tempat saya ke Narita pada hari sabtu ini. Gembira di hati bukan kepalang.

Akan tetapi...

[2] Berita kurang gembira


Petang td boss saya terima panggilan dari staff kami di tanah air. Ada masalah dengan visa katanya disaat akhir. Sepatutnya kesinambungan tugas kami disini akan kami serahkan kepaa staff tersebut.Mereka akan tiba disini pada hari Ahad ini setelah kami pulang ke tanah air pada hari sabtu. Sinar diwajah boss sedikit suram menyimbah resah dihati kami. Apa mungkin, ada kemungkinan tempoh kami disini dilanjutkan? Kami berkias-kias dalam nada gurauan agar tempoh kami disini tidak dilanjutkan. Boss hanya ketawa namun saya pasti, apa yang tertanam dihati kami masih mampu ditafsirkannya....namun, dalam perjalanan pulang..boss ada sebutkan, jika kemungkinan visa mereka bermasalah, akan ada antara kami yang terpaksa tinggal disini untuk beberapa hari lagi...Aduhai, permintaannya bagaikan gunung jatuh diatas kepala menghancur segala impian...takut pula utk terus menyimpan harapan...



Doakan...saya mahu pulang..


Si dia sudah menanti dengan penuh harapan..tak sanggup rasanya hendak menghampakan, apatah lagi hatinya adalah hati yang saya amat sayangi...





Marjina on 7:02 PM