1 comments

Setelah sekian lama.
Biar saya ringkaskan cerita.

4 September07.
Saya disahkan mengandung 1 bulan..sehari sblm saya mulakan karier di tempat baru.
Syukur...saya kira ini adalah rezeki untuk jasad dan nyawa baru yang sedang membesar didalam rajimsaya.

3 Novemer 07
Baby yang berusia 3 bulan akhirnya meninggalkan saya.Saya keguguran.Bukan sebab jatuh atau salah makan. Tapi perkembangannya terbantut sejak mggu ke8 lagi.
Baby yang naluri saya katakan lelaki itu gugur secara konservatif. Tak buat d&c pun.
Maknanya skrg ni saya dalmtempoh berpantang.


Itu saja perkara yang besar berlaku dlmhidup saya.
Sedih? Saya terima segalanya sebagai satu dugaan..sebab saya tahu,takdir Tuhanitu banyak
kebaikan utk saya. hanya DIA yang tahu apa yang terbaik untuk diri saya.Hikmahnya terlalu besar dan antara ialah saya temui jalan kembali.
Tak mengapalah anak yg bakal saya namakan sebagai 'Alif'itu tidak lahir.
Sungguh mama sayang sangat Alif.
Terima kasih kerana pinjamkan mama perasaan seorg ibu..menemani mama selama 3 bulan ..
meskipun Aliftidakwujud lagi, namun mama dapat rasakan Alif sentiasa hadir dalam diri mama.

Sungguh..mama sayang Alif.



Namun,
Seminggu kemudian.
Sesuatu benar2 mengugat seluruh hati.Menerbangkan segala semangat.

Ya Allah.
Ku Mohon kekukatan.


Marjina on 12:43 PM