0 comments

Alhamdulillah.
Esok cuti..esok cuti...esok cuti..
Sampai hari rabu nih.

Dan hari ini juga semlm,saya bekerja dengan penuh tungkus lumus.
Memang berlambak-lambak kerja.Penat melayan kerenah bos.

Dulu..saya bekerja dalam production, bersama operator...technican..
Penatnya memang Tuhan saja yang tahu.
Masa tu ke hulu kehilir yang luasnya lebih kurang satu padang bola sepak.
Tapi seronok sebab mereka semuanya jenig gila-gila.
Tak pernah satu hari yang berlalu disana tanpa ada gelak tawa.

Waktu tu saya selalu fikir, org yang duduk dkt office ni kerja tak banyak.
Yelah asyik duduk aja.

Sekarang...bila giliran saya pula duduk dalam opis.
Nah rasakan...dulu mengata orang lain sangat.
Kerjanya memang banyak.

Apa pun, syukur.
Tuhan berikan saya dua situasi yang berbeza supaya saya belajar dan faham..
Tidak jadi seperti saya yang dulu dengan mudahnya membuat tanggapan terhadap sesuatu.

Saya sedar sesuatu...saya tak boleh ubah takdir.Tapi..saya perlu ubah diri saya supaya saya boleh terima takdir.



Marjina on 12:56 PM


0 comments

Salam.

Entry marah2 semlm tu..entry lama.2 minggu lepas kut.Memang tgh marah.Tengah gila.
Hangin memang satu badan.


Hmm...


Sekarang ni...dah tak marah lagi.

Entahlah.Malas lah.Saya mahu diam diam diam diam diam diam.
Pendam pendam pendam pendam pendam pendam.

Sebab saya dah give up.

Terasa diri saya begitu kerdil.
Terlalu kerdil....amat kerdil.



Hmm...
Hidup mesti tabah.


Marjina on 1:01 PM


0 comments

Jerat Percintaan : Siti Nurhaliza

Dalam pertemuan ini
Kita terperangkap sudah
Dalam jerat percintaan
Yang tidak disangkakan

Aku telah jadi lupa siapa diriku ini
Engkau juga dihanyutkan
Oleh arus percintaan

Tapi pabila aku sedar diri siapakah aku ini
Aku tertanya sendiri apakah akan terjadi

Oh apakah kita kan teruskan
Di dalam arus percintaan
Perlukah kita untuk berkorban
Demi pertahankan kebahagian

Dalam persimpangan ini
Ku masih terus menanti
Dalam rasa keharuan
Di manakah akhirnya


.......................


Diberi kita akal, dan tulang 4 kerat untuk berfikir dan berusaha.
Setelah itu..nak serah keputuasn ke..hape ke...memang segalanya milik DIA.

Tapi aku pantang sungguh.
tak usaha tak ape...nak berserah...
Abih tu..akal utk ape?Tulang 4 kerat utk ape?
Pekasam???

Tak habih2 menyalahkan hati.Tak faham tentang hati.
Hanya tuhan yang mengerti tentang hati.

tapi..kita ni ada akal utk fikir dan buat keputusan.

Bodoh!

Kalau hidup ni cuma ikut hati, apa guna tuhan bg Al Quran??

Aku mmg masa ni nak bagi rasengan kat 2 manusia tu.

Marah aku memang tak padam lagi.Masih belum padam.
Benci.Amat benci.

Maaf.Aku tak dapat nak redhakan.
Aku benci org yang menipu.
Apatah lagi....
Tuhan dan agama tu dijadikan alas dan landasan demi mengikut 'gatal' di hati.
Tak takut mati ke hape?

Ya..memang aku salah faham.
Sebab memang aku tak reti nak betulkan kefahaman aku dari tindak tanduk mcm tu.

So..tak payah nak tunding jari kat aku kunun aku ni bangang sgt tak boleh nak faham.
Tengok dlm diri sendiri...sendiri mau tau...sendiri mau ingat...apa yang sendiri buat.

Kat akhirat nanti...
Segala pekung didada akan terserlah.
Nantikan saat tu!

Memang aku tgh marah.Rasa nak tumbuk muka org.
Soal tuhan jgn nak buat main laaa..
ba wau dal wau ha !!


Marjina on 12:54 PM


0 comments

Aku bersyukur, kerana aku telah dianugerahkan seorg pemimpin seperti arwah ayah.Dan aku gembira, aku dilahirkan dari rahim seorg perempuan seperti ibuku.Sungguh, sekangkang kera tanah pun kami tak punya.Apatahlah lagi wang ringgit.Rupa pun tidak seberapa.Tapi ayah dan ibu...itulah harta yang aku kira paling bernilai dalam hidup aku.

Kami..org miskin.Sungguh...kami memang miskin.Betul.Arwah ayah tak ada apa pun harta.Bila dia tak ada, kami adik beradik tak ada pun nak berkira pusaka.Mak memang tak punya harta yang banyak melainkan kami 8 beradik ini sajalah.

Tapi..
Ayah selalu katakan...ilmu itu paling utama.Ilmu itu adalah harta.Dan ilmu sajalah satu-satunya harta yang dia berikan kepada kami semua.Mak selalu kata....jangan menyusahkan orang..jangan lupa pesanan ayah.

:)

Tapi aku,
Aku manusia.Aku pelupa.
Baru-baru ni aku tanya suamiku.Kenapa sunyi mamu melemahkan manusia?Kenapa manusia mesti berubah bila hatinya sunyi?
Jawabnya,
Memang fitrah manusia tidak boleh sunyi.(sebenarnya banyak yang dia huraikan.Aku cuma tulis apa yang menarik perhatian aku)


Sunyi.


Aku sekarang dan dulu, bagaikan langit dan bumi bezanya.

Hmm..dulu, sblm aku ke bumi sakura.Aku dpt rasakan aku kuat.
Ibarat...aku bawa 10 tongkat kekuatan utk menampung dugaan disana.
Belum pun genap 1 thn, 10 tongkat yang aku punya itu...semuaaaanyaa PATAH!
patah kerana aku....KOSONG dan SUNYI!

masa tu...aku mula rasa..hanyut..
aku tak dapat nak defense diri aku.
pendinding aku berlubang.
Lalu sunyi dan kekosongan itu pun bertandang..
Bagaikan kegelapan yang menyuramkan cahaya..
Dan..kekosongan yang menghalau segala isi ilmu yang ada dalam hati.
Akhirnya..sedikit demi sedikit..aku lupa.
Lupa pada ingatan ayah.Lupa pada pesan ibu.Lupa pada azam diri.
Lupa pada janji.
Aku kian hanyut.

Ahh...kosong...sepi...
Satu masa...hati aku disentuh kecewaa.Aah..kisah cinta lama.
Masa tu..aku tergapai-gapai...tercari-cari dimana untuk berpaut.
Aku sudah nyawa-nyawa ikan...

Bermula dari situ...aku mula menulis blog sebagai satu cara untuk control emosi aku sendiri.
Sungguh...Masa tu aku rindu sangat pada arwah ayah..terlalu teramat aku mahu dengar kata-kata darinya yang begitu ajaib menyerapkan azimat dalam hati.
Masa tu juga...aku terigt kata-kata pesananku kepada rakan-rakanku..
dan bila tiba masanya, kata-kata begitu langsung tidak mampu aku gunapakai utk pujuk hatiku.
Sayu...sayu bila aku diwaktu itu melihat diriku yang silam.Terasa betapa lemahnya aku berbanding diriku diwaktu silam.Terlalu lemah...

Aku ingin bangkit semula.Dalam kepayahan...aku bertemu dia.Dia yang kini jadi suamiku.
Bertemu dalam keadaan...tidak diduga.Bertemu dalam keadaan dia yang begitu megah dengan bendera keegoannya.Heh...

Aku pernah katakan pdnya..."ani letih dipaut, ani nak berpaut"

Tapi...mana dpt disangka, bukan setakat berpaut...malah kena ikat dah pun.Haha!

Hmm...

Aku..pernah bangkit dari sunyi.Ianya bukan mudah.
Tapi aku...sunyi itu tak mengapa lagi, selagi hidup masih ada sesuatu yang perlu dilindungi contohnya keluarga, kawan, saudara, kerja, bayar hutang...
Tapi..sekiranya sunyi dan waktu tu....kita tak ada siapa,pakwe,kawan,suami, dan keluarga yang jauh...segala-galanya sendiri...Hmm..sungguh...carilah ubat cepat2...sebelum terlambat.


Sabar...bukan mudah nak bangkit.Kena back to basic.Aku tahu...suami aku pun selalu nasihat kwn2nya begitu sbb dia pun nasihat aku mcm tu dulu.Hehe..Aku diam saja.Back to the basic.Aku pernah laluinya sendiri.Kembali kepada siapa aku..untuk apa aku hidup..Cuma satu nasihat dia yang memang aku pegang kuat...."Tahu apa yang dicari..."...

sekarang,
Ada lagi persoalan dlm diri.Tentang perkongsian...kekosongan...ruang hati..
Apa beza kewajipan/tanggungjawab berbanding keinginan sendiri...
Kenapa ada...yang sudah pun dimiiliki tapi masih punya ruang utk diisi oleh satu hati yang lain?
Aku jadi pelik...
Memang kita sendiri pun tak faham tentang hati sendiri.
Tapi..kita ada pilihan...
Kenapa ada manusia yang seringkali membuat pilihan menuruti hati sendiri yang tidak difahami?
Apa itu janji?

:)

Dan aku akan cari...jawapannya.
Kenapa manusia seringkali


Marjina on 12:37 PM


0 comments

wakaranai gurai no nayami.


dousureba ii ka wakaranai gurai no itami.



kodoku.hitori bochi.


iya desu.

naze?


mitsukaranai.


imi wakaranai.

kore de ii?
kono mama de ii?


itai.itaisugi.

damaru.damaritai.damarenai.
dekinai.


naicyatta.boro boro namida deta.
tocyude yameta.
nattoku dekinakatta.

mata...nakitai.
nakitai...

zenbu watsureru made ni...nakitai.


Marjina on 12:55 PM


0 comments

[1]Syukur.Saya dah dapat parking.hehe..


[2]Saya ada dua org yang saya panggil "ril"..sorg Zuril, sorg lagi Aril.Dan kedua-dua ril yang saya punya ni, adalah kawan yang...sangat memberi erti! Terima kasih.Kalian berdua byk buat saya jadi tabah.Terima kasih berjuta!Semoga tuhan berikan banyak kebaikan buat kalian berdua.Amin...dan buat teman-teman lain, jidah yang sentiasa menyokong, sis apple ang caring dan saya percaya ramai kwn2 lama yang tau url ni masih lg berhubung dalam diam dgn blog ni...kalia pun banyak membawa erti dalam hidup saya.Terima kasih.Sekorang-kurang saya tahu, dengan kehadiran kalian hidup saya...saya mampu untuk menyangkal sangkaan dalam hati saya.Thanks...my dear friends.

[3] Actually, my yahoo ID dah lama corrupted.So, yang ada dlm link sebelah kiri tu..yg latest.Huhu...dah luma dah corrupted.Kena hack.Hmm....klo ada yang sudi add saya kembali guna id baru ni..terima kasih byk2...

[4]Saya dah join semula karyawanluarnegara punyer yahoo group.Hehehe...Dulu join pakai id lama, skrg id pun sudah kena hack.jdnya..apply yg baru lah.Klo ada korg nyer yahoo email, bleh lah kita kongsi karya/cerpen/puisi yang best2...Most of them bdk2 yang study nun jauh disana..Dari gaya dan bahasa, mmg ada sedikit kelainan(from my observation).Maybe sbb "jauh berjalan luas pandangan".Jadinya, penghayatan dan persembahan tu byk dipengaruhi persekitaran mereka...well,hehe...pengalaman pun mengajar saya begitu juga.Saya mampu menulis mcm dulu, sbb saya di hirosaki.Bila dah balik sini, duduk dalam kota batu ni...Hmm...dengan hidup di KL yang penuh tipu muslihat ni...Hmm..entahlah...Kalau nak tgk kelainan tu, boleh lah join..org give me your email add, then bleh laa fwd kan mana yg saya minat.

Cinta adalah nyawa,
bagi hati yang mahu hidup.

Hidup hanya hidup,
Bila tangis bersalut tawa,
Dalam derita bersambut ceria.

Jika kau,
menegah dari merasa kecewa,
Maka sedarilah..
Sakaratul Maut untuk hatimu,
semakin tiba.

Usah dinafi fitrah hidup,
Tiada hati yang ingin mati.
Tiada rasa yang tak mahu dicinta.
Terima lah kehidupan..
Sebagai suatu jalan,
Untuk kita sebagai...Hamba Tuhan.


Marjina on 12:45 PM


0 comments

alhamdulillah.
Saya rasa mood saya untuk menulis dah kembali sedikit demi sedikit.
Rasa mcm nak kembali cari kawan-kawan lama...
Bila sebut kwn2 lama, terus saya teringat arwah Ghaz.
Syukur, dalam perkenalan yang singkat tu saya rasa banyak yang saya belajar dari dia.
Sya apa khabar ya sekarang.Hope dia sehat saja hendaknya.

Saya rasa, kerja saya sekarang banyak membantu saya kembali dapatkan mood menulis.
Sethn rasanya semua tu berlalu.Blog ni tak lama lagi nak cukup setahun.Tapi history saya menulis bkn sethn.Since 2003 saya terlibat dalam dunia blog...Hmm..separuh dekad.

Tahun lepas saya tak dapat nk aktif,Maklumlah, tercampak dipendalaman pahang.Kerja pulak..alah, kerja jd kuli.Mana ada masa sangat nak blog mcm dulu.Hmm..

Semlm hujan lebat sangat dkt sini.Saya merenung titisan hujan yang melekat pada kaca tingkap surau.Langit diluar sana sedang rancak menumpahkan titisan rahmat Tuhan ke muka bumi.Lalu, ingatan saya pun terbang dicelah-celah kesamaran petang kembali ke waktu dulu...
Terbayang-bayang suatu ketika dahulu, saya merenung puncak Iwaki san yang dilitupi salji dari celahan butir-butir salji yang turun dengan lebat melalui dinding kaca dewan kuliah.Tapi sekarang, saya hanya melihat puncak bangunan pencakar langit dicelahan hujan yang maha lebat...

Teringat dulu-dulu, seringkali saya berdiri ditepi tingkap rumah.Melihat butir-butir salji yang ringan melayang terbang mengikut rentak angin.Bila saja fuyu(winter) hampir tiba, saya pasti akan melihat keluar jendela..ternanti-nanti bunga salji yang pertama luruh dari langit..Bila saat itu tiba, ranack saja kami mengirim mesej pd kawan-kawan mengkhabarkan bunga salji telah pun memberi salam pertamanya.Bila esok menjelma, seluruh bumi Hirosaki akan diwarnai sucinya putih salji dalam sapaan pertama dingin angin musim sejuk.Bila salji semakin banyak, perjalanan ke sekolah pun semakin sukar.Jalan semakin licin.Tapi, yang bestnya bila keluar rumah seawla jam 8 pagi..timbunan salji masih gebu menanti dicemari jejak tapak kaki saya yang hendak ke kelas.hehe.Sekali pijak, separas atas buku lali tenggelam didalam salji yang gebu menimbun.Kalau salji banyak, maunya sampai aras setengah betis kaki saya tenggelam dalam salji..lalu, seluar jeans yang saya pakai akan basah...

Teringatnya kenangan waktu tu...Hmm..

Hirosaki, Iwaki,Towada,12 ko,fukauwara... :) I miss you!!


Marjina on 12:59 PM


0 comments

Thank to sis apple yg tanya pasal my mom.
Mak dah kuar wad, tp keadaan mak masih lg lemah.Mak dah tak nak dok wad.
Nak balik, risaukan pokok2 kat rumah mati sbb tak ada sape yg siram.
Aduhai mak!


Macam-macam ada dlm fikiran.
Entahlah. Berserabut. Tapi, zahirnya nampak mcm biasa.

Saya adalah pendiam bg org2 tertentu.
Saya adalah peramah bg org2 tertentu.

Cuma, mcm mana saya...depend on cara org tu treat saya.
Kalau kena caranya, mmg ramah...Klo tak, saya diam saja.

hmmm...

Ada mentari menyanyi,
Ada awan menangis,
Ada angin berlari..

Dan aku,
Cuba mencari.. erti untuk memahami.

Lalu,
Telah ku hafal lagu mentari,
telah ku tadah tangisan awan,
telah ku kejar angin berlari.

Namun aku,
Masih disini..tidak kutemu jawapan,
Mengapa alam begitu bersembunyi..?


Marjina on 8:58 AM


0 comments

Pg td, handset saya vibrate 2 kali tanda ada sms yg masuk.Saya biarkan saja, sbbnya masa tu saya masih dlm morning assy.Usai saja, terus saya capai handset dan...

"buat masa ni mak ada kat hosp, masuk ward sejak semlm" - kak tie

Cemas!

Masa ckp dlm phone, kak tie kata mak muntah-muntah semlm sampai tak bermaya dan hampir2 pitam.Segera kak tie dan kak aning(kakak sulung) bawa mak ke hospital.Dari pemeriksaan doktor, katanya tahap gula dlm badan mak tinggi. Dan skrg mak masih dlm wad dan ditemani kak tie. kebetulan kak aning mmg staff nurse dkt hospital tu..Apa-apa hal yg berbangkit, senang sikit.

Saya tak terlalu risaukan tahap kesihatan mak..sbb saya tahu, perubatan sekarang dah canggih.Tapi, yang saya amat risaukan sekarang...adalah semangat mak.

Hati saya kurang enak...teringatkan mak seorg.

Mak,
Adk tahu mak rindukan arwah ayah...Pernah mak ckp pada adk, mak nak turut ayah.
Adk pun rindukan ayah...Tapi adk faham, kerinduan mak pada ayah tentu lebih byk dari adk.
Tapi mak...jgn tinggalkan adk.


Marjina on 12:39 PM


0 comments

Alhamdulillah.
Segalanya cerah.

Td dah jumpa pn doktor.Semuanya ok.
Katanya semua normal.Dan br saya tahu punca period pain saya selama ni.
Ianya tidaklah yg kronik.Kalau anda semua ada kemusyikalan nak tanya pasal period pain ni,boleh laa contact saya.Ewah!

Hati tahu ada sesuatu,
Namun hati mahu bisu.

Tak mengapa.Lambat laun dia akan tahu.Seperti mana saya yg benci explanation, begitu juga saya tak reti nk beri explanation.Maybe, saya yang byk bergelumang dgn data, percentage, graf dan numbers or figure lebih selesa klo explanation tu dlm bentuk data.Tapi, klo explanation tu dtg dlm bentuk kisah silam sejarah lampau dan kejadian masa lalu semata2 nak satu pengertian dari saya, maaf lah.Saya mmg cepat naik angin.Begitu juga, saya tak reti nak bercerita ala-la kisah hikayat semata-mata utk menerangkan sesuatu.Biarlah dia xmengerti buat masa ni.Sebab saya tahu, hati saya mcm mana.Apa niat saya.Dan... saya hanya sayang dia.

Its simple.
i love him.


"Kalau saya minta hanya perca secarik, tapi yg diberi kain panjang seela.Tahulah saya, bahawa cariknya bukan sejengkal...kdg2 dgn menerangkan sesuatu perkara, ianya lebih mendedahkan kepada apa yang cuba disembunyikan.Dan saya, tiada apa yg nak disembunyikan.Lalu, saya tak tahu mcm mana nak menerangkan!"

Terasa kembali bersemanga teruskan kerja...dan hidup :)


Marjina on 1:05 PM