0 comments

Rentetan cerita 8 maut di Tol Hutan Kampung, Alor Setar dan 4 beranak maut di Sabah.

4 beranak yang maut di sabah tu adalah saudara kepada kenalan saya.


Ingatan saya melayang pada arwah kakak ipar saya, yang pergi 7 tahun lalu akibat kemalangan jalanraya yang melibatkan motosikal yang diboncengnya dan sebuah lori kontena.

Kehilangan. Hanya yang pernah rasa kehilangan sahaja yang tahu bagaimana perasaan bila kehilangan.

Putus cinta pun kehilangan, putus kawan pun kehilangan..

Namun, perpisahan dari alam hidup adalah satu kehilangan yang....

Melihatkan 2 kejadian ini, perasaan yang saya lalui 7 tahun lalu kembali menjelma.

Al-fatihah...
Semoga ruh mereka yang pergi akan ditempatkan dikalangan orang-orang yang bertakwa.

Amin.


Marjina on 12:38 PM


0 comments

Sebut pasal seseorang yang saya tuliskan dlm entri sebelum ni,

saya teruja nak menulis tentang dia.
Sebabnya.. pd 26 May 3 thn yang lalu, dia pertama kali hantar email kpd saya.. dan kami berbalas email setiap hr.. means, pd 28 May (tarikh hari ini) 3 tahun yang lalu, dia dan saya sedang berbalas email.

Saya jamin, buat kalian yang tak pernah membaca karya dia...pastinya akan teruja dengan cara dan hikmat ajaib kata-katanya menyentuh hati. Dia memang amat berbakat. Gifted.

Saya tak pernah jumpa orang yang tak suka kan karya dia.

:)

Sekarang pun, dia masih berkarya. Tapi saya pasti, apakah mereka2 yang minat karyanya sekarang pernah baca tulisannya dulu. Kerana ada 4 siri cerita nukilannya masih lagi belum ditandingi mana2 karyanya yang ada sekarang (bg saya laaa...) Atau, maybe sbb saya skrg xbaca sgt karya dia mcm dulu..Hahaha!

Setahu saya, mmg ramai yang minat dia..Termasuklah saya pada waktu tu. Saya tak nafikan, malah tak salahkan kalau ada yangmenimpan sesuatu untuk dia. Lgpun, personalitinya yang begitu... Aahh..saya mengerti hati perempuan. Petik jari aja, terus jatuh cinta!...kalau kena caranya. Dan saya kira.. cara dia adalah cara yang paling kena.

:)

Perempuan mana tak menyimpan rasa, kalau ada yang pandai mengambil hati dan buat diri rasa dihargai. Akibatnya, ada yang gigit jari makan hati~


Sebut tentang dihargai, terigt Aril, dkt Jengka.

Sebut tentang Aril, terig pula sate pasar tani kat jengka.Sedapnya...ya amat~

baru ni saya ckp, saya nk makan sate.. Tapi :(


Hm..kol 2 nnt ada meeting... dgn main HQ dkt Japan. TV conf.
Malasnyer!


Marjina on 12:55 PM


0 comments

Sselamat pagi.

Cuti sekolah. Jalan tak sibuk sgt.Alhamdulillah. Sempat isi minyak dan tidak terlalu lama terperangkap dalam jem.Klo hari2 mcm ni, beshnyer!


Seperti yang telah dijangka, saya xmampu nk habiskan apa yg saya sudahkan.

Malam sabtu baru ni, saya sendirian.
Banyak yang saya fikirkan.


Ada seseorang...
Dulu, saya memang amat mengagumi cara, bahasa garapan..dan segalanya yang ada didalam karyanya. Sunguh-sungguh saya kagum dengan kemampuan dan kebolehannya. Setiap kata-katanya umpama bunga, mekar harum mewangi. Sekali baca, terus disimpan dan dinikmati.

Tapi, sesuatu telah berlaku..
Sesuatu yang telah membunuh tunas deria perasaan yang ada dijiwa.

Kini, karya dialah yang paling saya tak boleh baca. Saya tak mampu nak baca. Patah bicaranya bagaikan duri. Menikam nikam hati.. Sekali baca, terus diluah. macam budak dipaksa makan ubat. Hati saya tak mampu nak menerima.

Pastinya,
sesuatu yang telah berlaku itu bukanlah perkara biasa. Impaknya begini mendalam hingga memusnahkan apa yang saya ada.Pernah rasa bilamana rindu dan kebencian bersatu? ianya mcm tsunami. Memusnahkan dan melenyapkan.

Bukan mencari salah siapa. Cuma, itulah puncanya. Dan dari punca, saya tak tahu macam mana saya nak kembalikan segalanya..atau pun, mcm mana saya nak bina sesuatu yang baru.

Lalu, saya tak tahu smpi bila.. saya xmampu menulis atau membaca kisah2 cinta atau ayat2 cinta spt dulu.

Mungkin, sampai bila-bila...

Walaupun sebenarnya, saya amat mengharapkan..dia menyelamatkan saya.


Marjina on 7:45 AM


0 comments

Semlm terpaksa balik awal, jumpa my bro amik roadtax yg dah di renew sbb roadtax keta mati ari ni...

so, saya tak sempat nk tggu my dearest boss tu abis meeting dan buat translation utk speech dia.


Sblm ni, dia akan tulis jugak speech dia, letak atas meja sy or send via email.

So,
seawal 7.15 pg saya dah smpi opis dan bila sy tgk atas meja... xada speech dia!
tgk dlm email...xada jugak speech dia...


Adui!Lupa kaaa??

Dia ni mmg kelam ribut sket. (sangat sbnrnya) Kdg2 tension tgk dia kalut semacam.
Pening melayan kerenah dia. Suka ckp sekerat2 lepas tu suruh aku translate..
Pening~

Tapi.. bila aku terigt balik perangai dia, aku selalu senyum sendiri.
Kelakar plak rasanya..

Nak bercerita tentang semlm,

Semlm semua org sibuk. Tinggallah saya seorg dkt opis ni...lepas tu my boss lalu kat sebelah..rasanya dia nak pergi production sbb nmpk dia bwk safety boot.

Saya pandang saja.
Dalam hati, saya rasa bosan sangat dan...sunyi. Sabishiii~

Then, dia toleh ke arah saya. Saya hanya pandang je dia.Suddenly..

"Ani..ani...jom..jom..ikut saya masuk production."

Terus saya capai kasut production dan ikut dia ke sana.

Mereka yg kat production mula rasa pelik, nape dia bwk saya skali g dlm production.Masa dia ckp dgn org prod pun, xde byk yg saya nk kena translate pun..dia boleh je communicate dgn diorg tu..

Lepas tu, saya mula rasa segan. Agaknya masa dia pandang saya dan saya pandang dia, dia boleh tahu apa hati saya kata..apa hati saya rasa..

Alhamdulillah, at least ada juga manusia dlm dunia yang menghargai perasaan saya...
Yang tahu apa saya rasa, then do sumthin for me...

Kebanyakkanya dan lazimnya yg sy jumpa...
dia tahu saya terasa/marah/kecil hati/tak suka... tapi, dia still dgn cara dia.. dgn harapan saya akan memahami... dan mengalah, lalu akhirnya dia akan dapat apa yg dia nak dan perasaan saya, terbang pergi cam tu je lahh....

Tapi...my boss ni.. buat saya rasa..dihargai.

Arigato, Yamamoto san!


Thats why hari ni saya tak kisah dtg awal keje.. Dia xpaksa saya, tp dia buat saya teruja.. dan sayang position dan kerja saya sekarang... Dia buat saya teruja, utk jaga kerja saya.. dia buat saya teruja untuk distribute sumthin utk tmpt saya keje..hanya dgn sedikt penghargaan, saya sbnrnya cukup terharu... he is my friend actually, not my boss :)





Marjina on 7:37 AM


0 comments

The akad day -18 feb 2007
Letih.

Sejak kebelakangan ni memang letih. Saya asyik saja keletihan. Tak larat sangat rasanya.
Balik rumah aja dah lesu.

Hari ni saya tak buat pun bekal untuk dia. Bangun lambat. Letih sangat. Tak larat sangat rasanya.

Bestnya kalau ada yang kata "sabarlah ani...".

Pagi tadi, jalan teruk sangat jem..pinggang pula terasa sengal2.
Sampai tempat kerja 5 minit sblm masuk kerja.Mujur...

Hari yang penuh dengan dugaan buat saya, nampaknya.

Teringat, dulu-dulu suka sgt saya baca kisah cinta..i mean, novel cinta.
Tapi sekarang... jemu!

Jemu dgn ayat2 cinta.. jemu dengan mainan perasaan.. jemu dengan jalan cerita yang berkisar kisah cinta ant adam dan hawa.

Jemulah!

Tapi, dalam masa yang sama saya cuba hasilkan kisah cinta.

maka, jadinya semuanya beku dan kaku.
Tak hidup. Mana boleh hidup, sedangkan hati saya sendiri menolak segala rasa.

Sungguh...saya mahu kembali menulis mcm dulu, macam saya dengan dewi airain dulu.

tapi..segalanya umpama kala jengking yang dah dibuag bisanya. Dah tak menyengat lagi.
Asyik kena sengat aja.

Bosan..bosan..bosan...

Kdg2 saya rasa nak cari kwn baru...tp..mcm mana?huhu..


Marjina on 1:10 PM


0 comments

hmm...

Tension!


Marjina on 12:46 PM


0 comments

Semalam, semasa saya sedang bersiap-siap ke tempat kerja..

"yuri, abg mimpi kita dapat baby lelaki"
Saya hanya tersenyum memandangnya yang masih dibaluti selimut.

Dan semalam, saya mintakan dia menceritakan tentang mimpinya kepada saya.

Katanya...
"abg mimpi yuri bersalin, semua family abg ada...anak2 sedara abg pun ada..semua ckp nak tgk anak pak ara(panggilan anak saudara)..Abg bawak baby dalam pangkuan, lepas tu abg ckp nama dia Mohd Amirul Amin"

Saya senyum.
Airmukanya ketika bercerita tentang mimpinya melekat dalam minda saya.
Air mukanya, penuh ceria..penuh gembira..dan disitu saya nampak harapannya.

Mohd Amirul Amin... :)

Saya pula.. sampai sekarang masih tiada apa-apa perubahan.
Masih belum rezeki.
Namun, terkenangkan air muka nya semlm..buat hati saya turut mengharap..
dan dalam diam menitipkan doa..
Semoga DIA perkenankan..
Mohd Amirul Amin untuk kami berdua.




Marjina on 12:40 PM


0 comments

Weekend baru ni saya beli buku baru masa temani adik ipar saya cari buku rujukan dia.

Tajuk, Kekasih Sam Bo Po dan Salehudin Al- Ayubi.

Dah tak terliur dah nk baca novel cinta.
Entah.
Dah tua kut. heh.

Bila saya baca buku mcm tu, hati saya seolah-olah sedang 'makan' sesuatu.

Mungkin, saya dah malas nak baca stuff yang jenis membelai jiwa, hati dan perasaan.
Dah tak larat dah nak biar jiwa dibelai, diusap, disentuh dengan kata-kata syahdu penuh madah.
Dah jemu dah diulit keasyikan yang sementara...
Maybe sbb dah kahwen kut, cukuplah saya layan jiwang dgn dia sorg je. :)


Skrg ni, mcm ada mood sikit nak menulis cerpen.
Saya mmg tgh menulis sesuatu tapi...mmg kelemaahan saya, saya xreti nk menulis secara constant..

Blog ini ajalah medium untuk saya bermain dengan perasaan saya sendiri, untuk mencari mood menulis...Marjina ni xmcm dewi airain...xsama dgn airin...klo kenal airin atau dewi airain, mmg xde nye tulis mcm ni.

Itu...dulu. Waktu tu lain.

Sekarang lain :)



Angin pantas mencorak awan...namun aku tak mampu menandingi angin melukis bentuk untuk hati aku.
Seribu tahun air mengukir batu.. namun aku tak tahu berapa hari yang aku ada untuk aku melakar wajah hati ku.
Sedangkan aku.. tak mahu terlewat dalam memutuskan sesuatu.
Hidup adakalanya sukar, kadangkala menuntut pengorbanan batiniah dan rohaniah untuk menggapai apa yang diidam. Namun hidup seringkali mendesak hati untuk akur dengan perjalanan takdir. Hati yang terdesak untuk menerima, bolehkah dianggup hati yang mensyukuri. Tuhan, aku seringkali hanyut dalam dunia!


"Mak, saya tak pasti saya boleh terima dia atau tidak"


"Aina, ini wasiat arwah Mak Long nak",

"Mak, kenapa mak nak sangat ikut wasiat arwah mak long yang tak pernah pedulikan kita? Masa ayah tiada, dia langsung tak jenguk kita. Masa mak bertungkus lumus cari duit untuk sekolah kan kami, dia selalu datang berlagak sombong dengan barang kemas separas sikunya pada mak. Dia selalu cakap, arwah ayah orang miskin..masa hidup tak mampu menyenangkan, dah mati makin menyusahkan. Sekarang dia dah mati..kenapa mak nak ikut wasiat dia?", bergetar suara Aina melepaskan rasa hatinya kepada ibunya.Airmatanya berjuraian tanpa dipinta jatuh berjujuran menitis dihujung dagu. Hatinya telah lama berdarah dengan sikap arwah Mak Long.

Panggg!!!!!!


Aina terpana. Pipinya terasa pedih, dan hatinya bagaikan jatuh terlerai saat tangan ibunya yang dulu seringkali mengusap lembut rambutnya ketika menghantarnya ke alam mimpi kini menerjah pipinya dengan penuh amarah dan kesakitan.

Mak Ngah terkedu. Hatinya tercabar dengan kelancangan kata-kata anak perempuannya sendiri. Tangan kananya terasa pedih. Sesaat kemudian, naluri ibunya dibaluti keresahan.Bersalah.Dia terus saja berdiri disitu ketika Aina berlari keluar rumah. Mak Ngah terduduk diatas kusyen sambil mengurut-ngurut dadanya.

Astaghfirullah.Tuhanku, maafkan hambaMu.Aina....Hati Mak Ngah mulai merintih. Kepedihan kian terasa menyucuk-nyucuk hatinya bagaikan selumbar bisa.Maafkan mak, sayang...





Marjina on 12:40 PM


0 comments

Apabila hati sebenarnya belum bersedia untuk terbuka...

Salam.

Macam mana saya nak mulakan...

Sekarang adik ipar tinggal dengan saya. Alhamdulillah, meriah sikit rumah tu.

Seringkali,
Ada banyak yang saya nak cakap..
Tapi setiap kali,
Semuanya saya simpan.
Bukannya hal apa pun...
Contohnya hal macam...
perjalanan ke tmpt kerja pg td..kena himpit dgn trailer yang pemandunya kurang sopan..
Hal yang biasa-biasa..boleh jd topik perbualan utk ckp-ckp kosong.

Tapi..
Entahlah...
Bila tiba masanya, saya jadi tak tahu nak cakap apa.
Fikiran jd blur...Mcm tak ada idea.
Sudahnya...diam saja.


enough is enough.
mou ii!


Marjina on 12:40 PM


0 comments

Saya xpasti samada nk open ke tidak blog ni.
Atau pun, biar je lah mcm ni. ?


Marjina on 3:24 PM


0 comments

"Bukan semua lelaki tak setia, tetapi lelaki seperti itu...Aku tak pasti"

Back to work, hari sabtu pun kena kerja.

Dalam mind, ada byk hal yang sedang saya pertimbangkan, fikirkan..
Dan dalam hati, ada rasa yang cuba saya tahan..

Semoga bertahan...semoga terus bertahan...


Saya memang tidak suka dengan orang yang mengambil kesempatan atas sifat saya.
Kadang-kadang saya malas nak fikir positif pasal orang lain.
Fikiran saya asyik negatif saja.
Sebabnya...saya tak tahu macam mana nak isi fikiran ni dengan hal yang positif,
bila yang tersurat dan tersirat itu sebenarnya menyimpang dari yang sepatutnya.


Letih.
Rasa macam nak lekas-lekas akhiri task yang tuhan beri ni.

Tapi mak kata, tak boleh cepat putus asa....


Aah... hidup!


Marjina on 3:24 PM