0 comments

Zuril,
rasanya awak tgh bz dgn esemen kut eh..hehehe..
ala..last minue..mcm xbiasa..bertemankan nescafe...hehehe...
Rindu laa saat2 tu...rindu sesangat ril..


Hmm..
Soal perasaan..lemas dalam perasaan sendiri. Somebody...please help me.Save me.
Boleh mati lemas.. saya tak pandai berenang... help!

Soal keje..
Saya sekarang, bukannya ada dalam 2 persimpangan dah... tapi..ada 5 persimpangan yg saya pelu pilih jalan mana yg saya nak. Hmm.. sukarnya buat pilihan. Kena fikir jauh dan masak-semasak-masaknya.

Soal belajar..
Saya nak sambung..ada sesiapa nak sponsor?


Aduhai hidup,
Membuat pilihan bukan perkara mudah, apatah lagi impian yang sedang dikejar kini tercabar dan mencampakkan segalanya dalam ketakpastian. Ditambah pula, jiwa dan perasaan saya yang kian hanyut dalam kisah-kisah yang hati saya benci.

Tuhan..bantu daku!


Marjina on 12:44 PM


0 comments

Hmm~


Aril,
Dia pernah berikan saya satu email..dlm email tu tertulis surah Al-Asr(yg 3 ayat je tu). Ayat ni dibaca oleh Baginda Rasullullah ketika menghadapi kesedihan setelah pemergian Sdtn Khadijah dan datuknya, Abd Mutalib.

Kawan-kawan,
yang hatinya dilanda lara... bacalah ayat ni. Mudah-mudahan dapatlah kita jd hambaNya yg bersbr.


Marjina on 12:42 PM


0 comments

Aku tak suka. Bila aku adalah orang terkemudian yang tahu bahawasanya selama ini aku tidak tahu.

Aku jadi serik. Serik nak menikmatinya lagi bilamana penghujungnya terbongkar semua kepura-puraan.

Manuasia memang mementingkan diri.

Aku letih jadi baik.

Jiwa ini tidak juga marah. Hati ini tidak pula berduka.
Sebetulnya, seketul darah yang berdenyut dalam perasaan itu sebetulnya kecewa.
Terlalu kecewa. Amat kecewa.

Sampaikan, aku tak mampu nak maafkan..nak redhakan.

Apa kalian gembira bila aku begini?

Apa hutang aku dgn dia hingga sebegini besarnya harga perlu aku byr kepada dia?
Aku tak ada kena mengena pun antara hidup dan mati. Dan dia wujud dalam hidup aku tanpa aku undang... dan enggan pergi..macam parasit..dan aku lah pokok yang malang itu, kian mereput..

Aku benci dgn semua.

Aku rindukan arwah ayah.

Aku rindukan emak.

Aku mahu tinggalkan tempat ini.

Aku seakan mahu berputus asa.

Fed up! Give up!


Marjina on 7:56 AM


0 comments

tension!

rasa mcm nk berhenti keje pun ada.

Ya Allah. Kuatkanlah hatiku.


Marjina on 4:02 PM


0 comments

Hari ini, ditimbus dek kerja yang menimbun.

[1]
Kalau ada rezeki, saya nak smbg belajar. At least, saya ada sesuatu untuk diri saya. Kalau sy terus kerja disini, apa yg saya dapat? Pengalaman pun tak seberapa untuk saya jadikan bekal masa hadapan. Namun, mcm2 perkara yang perlu saya pertimbangkan sblm saya betul2 amibil keputusan. Dah tu, lepas buat decision, dapat atau tidak tempatnya belum pasti lagi.

Hmm.. fikir dan fikir.

[2]
Telah saya katakan, saya tak mampu nak menulis. Tak mampu! Tak mampu!
Hati saya tak boleh merasa, tak boleh menikmati, tak mampu merasai.
Ia mati. Mati!mati!
Kaku!Kaku!

[3]
Betul faeizah, kita berhak bahagia. Saya ingin bahagia.
Saya ingin buang ketakutan ini. Saya ingin kembali seperti dulu.
Tapi.. saya tak mampu nak ubati hati saya sendiri.

[4]
Lagi-lagi kes org ketiga.
Saya yang baca je ni pun rasa nak naik marah. Itu lah.. manusia sekarang. baik laki, baik ppuan.
Semua pakai main rembat je. Dia suami/isteri org ataupun diri sendiri isteri/suami org bukan lagi penghalang. Then, keluarlah ayat-ayat "tak mengerti ttg hati, hanya Allah yang faham hati ini"..."hanya sekadar teman untuk mencari kekuatan dalam dunia fana"..Poorah! budak kecik boleh le dipermainkan-mainkan. Kalau dah tua bangka, umur pun dah ada angka dua lekuk berkembar.. tak kan tak reti nk jd manusia matang lg. Pilihan sentiasa ada. U choose to be like that...so, why blame the takdir/hati? Tapi, malangnya, pilihan yg dibuat tu aadlah demi kepentingan diri sendiri dan menyusahkan org lain...

Semoga dia tabah dan sabar.


Aah.. Tuhan kan ada.
Kalo suka sangat nak berbelit kata, dan menjadikan perasaan sebagai bola yang disepak ke kiri dan ke kanan. Tak mengapa. Kita jumpa di hari perhitungan dan tengok, siapa yang benar!


Allah Maha Adil. Mahu Tahu. Maha Kuasa.

nantikan!


Marjina on 12:46 PM


0 comments

Kadang-kadang, kita gembira..
Kadang-kadang, kita sedih..
Beginilah hidup, mcm roda..
Ada naik turun, atas bawah..

Tapi,
Kau nak tahu seperkara?
Aku takut bila aku bahagia,
Kerana.. luka yang muncul setelah bahagia itu,
Lebih bisa dari ular..
dan aku...
tak mampu menahan kesakitan, demi kesakitan..


Sungguh,
Aku takut bila hati aku bahagia..
kerana itu..aku tak mampu menulis..
hatta sepatah ayat cinta.


Marjina on 1:04 PM


0 comments

Hari ni hari jumaat. Yea! Esok cuti. Yea!

Nak menulis? maaf, tak ada mood.
Selamat Hari Bapa untuk semua lelaki di muka bumi ini...

dan Semoga arwah ayah kekal bersemadi dalam rahmatNya.
Al-Fatihah.


Marjina on 1:04 PM


0 comments

Penat. Saya penat hari ini. Boss saya bad mood.

[1] Ada satu claim dr customer berkenaan rusty. So, my boss nak buat rusty test utk bbrapa parts. Jadi, test ni dibuat di satu institusi lain (institusi separa kerajaan). Pg td, org tu ckp, ok je nak dtg test..anytime. Then, bila call balik ptg td sbb nk g wat test, suddently dia tak ada pula. Dah keluar ata surusan entah ape. My boss dah naik angin dah. Dia tak marah-marah tapi dari cara dia, saya tau dia mmg bengang gila. Janji pg td lain, nak keluar xckp. Saya tak ape, klo org tu nak keluar ptg ni, tp atleast bgtau laa sbb dah ckp test yg kami nk buat ni urgent. Bila urgent, of course lah akan buat hr ni. Saya tahu, my boss dah labelkan sikap macam ni as “mareshiarashi” means..” malaysian style”. As one of Malaysian, saya malu!

Dari sini, saya faham seperkara.. betapa ketepatan maklumat itu penting. Fahami apa yang partner kita ckp dan nak, dan reply dalam keadaan yang memenuhi apa yang partner kita request.. then, saya kira barulah org lain akan lebih memahami kita.. maybe this more to communication skills.

Tak ada lah.. sikit-skit “jangan salah faham”.

Personally, saya BENCI ayat tu. Sebabnya ayat tu penah wujud dalam cerita hidup sy.. cerita yang saya BENCI.

Awak yang pilih dan buat keadaan jadi keliru. Then, why blame others!

[2] Bila task yang diberi, dilengah-lengahkan. My boss pun dah start-start bising. Dan telinga saya yang dua inilah yang menadah segala leterannya. Aduhai.

Kesabaran itu penting..

Tak mengapalah.. at least, my boss pernah beri hati saya “sesuatu” J



Marjina on 3:35 PM


0 comments

[1] Jom Heboh

Baru-baru ini saya menonton jom heboh di kaca tv. memang ramai umat johor yang berpusu-pusu memenuhi tempat tu, mak ayah anak kakak abg adik tua muda remaja kanak-kanak...

Kemudian saya melihat jam... sudah pun pukul 10.30 malam. Barulah saya terfikir.. sudah jam 10.30 mlm, tapi anak-anak tidak diajar/dididik untuk pulang kerumah.. sebaliknya, berasak-asak di padang bersama orang ramai yang lain, melihat telatah artis, berhibur.. jd, salahkah apabila anak itu meningkat remaja kelak, jam 11 mlm masih belum pulang ke rumah? Untuk apa dirisau gejala sosial.. keruntuhan moral..melayu tak membangun.. kalau dibiarkan anak yang masih belum tahu apa-apa terdidik dengan hiburan semata? Berhibur tak salah, tapi trend sekarang ni.. dah terlebih hibur rasanya... Hmm~

[2] Rancangan TV

Bila bukak channel tv je.. byk betul rancangan org menyanyi... byk betul hiburan kat mesia ini ya? Saya mmg terasa.. after 4 yrs saya d bumi matahari terbit. Kat sana, byk kartun..byk talk show.. yg bkn sekadar menghiburkan tp ada juga 'isi'.. maybe, producer kat sini belum cukup kreatif utk wujudkan talk show yang ber'isi' dan best... tp, yg macam-macam aznil tu..boleh thn jugak laa best.. Berbalik soal cter hiburan, saya dah sampai naik muak.. byk sgt rancnagan yg cungkil bakat baru jd penyanyi.. asyik nyaaaaaannnyiiiiiiiiii je...




Betapa saya bersyukur, saya tidak menjadi remaja dalam zaman sekarang...


Marjina on 12:41 PM


0 comments

Sebetulnya,
Hati ini memang terasa..

Namun,
Untuk apa diluah,
Jika sekadar menambah sengsara..

Lalu,
Ku telan segala duka..
Dalam senyum dan tawa,
Tak terlihat tangis derita..

Ketika segalanya tersedia,
tak tersedar hatiku semakin tiada.

..........................


Marjina on 1:00 PM


0 comments

[1]Sekadar luahan.


saya:bos mintak tlg saya tanyakan pasal part nombor bla bla.
encik A: tak dak masa saya nk tanya. kalau dia nak, suruh dia tanya sendiri laa!
saya:.....

tapi, bila depan boss..

boss:apa part nombor bla bla??
encik A: nanti saya check, boss tunggu kejap ya..


saya:menyampah!!!!


dan byk lg yg sewaktu dengannya...

memang kesabaran saya tercabar juga..bila saya tanya itu ini, mereka-mereka-mereka itu dgn mudahnya melepaskan tension/kemarahan/xpuas hati pada saya...

hmm...tak larat dah nak jadi "pusat pembuangan tension" orang lain. Seseungguhnya, better kerja dgn machine/brg/benda. Klo tensin, lepuk je benda tu. Klo orang..tak kan nak lepuk anak org sesuka hati..??


[2]
Sedang cuba-cuba untuk menulis seperti dulu.

Kehidupan sekarang, tak dinafikan jauh berbeza dari dulu. Ye lah, sudah ada komitmen. dan lagi satu, jadual harian pun berubah.

Pagi...saya sudah membelah kabus pagi hari dan meredah kesesakan jalan raya menuju ke lubuk rezeki bersama dewi .


Aah...saya masih xmampu nak habiskan tulisan perenggan atas ni! Saya xmampu nak kembali seperti dulu...


Marjina on 10:59 AM


0 comments

[1] Seperti yang saya dah jangkakan, hari ini..saya amat letih.Mata dah sembab sebab tak cukup tidur. Letih.. letih segala-galanya. Jiwa dan raga...

[2]Tentang catatan semasa saya dijepun...
Kak masy, xperlu jenguk.. sebab dah tak ada pun.
Azeel, terima kasih berkunjung dan thanks kerana sudi merindui catatan saya tu..catatan yg terdahulu semuanya dah jd debu, diterbangkan angin.. jauh.. Hanya tinggal cebisan rasa dan serpihan ingatan saja buat saya.. Selebihnya, dah jauh pergi.

[3]Kenaikan harga barang.
Yang naik gaji.. kakitangan kerajaan, yang naik brg dan nak beli barang, bukan sahaja kakitangan kerajaan yang naik gaji yg nak beli brg, buruh dan kuli yg gaji tak naik ni nak kena beli barang jugak. Diorg ni tak fikir ke? Igt 90% rakyat mesia keje kerajaan ke? ba wau nga wau hamzah! Klo 90% keje kerajaan, akibatnya nak membangun laa bumi bertuah ni..


Marjina on 12:36 PM


0 comments

Salam.

Boss cuti. Orang lain maybe suka. Tapi saya rasa bertmbh sunyi.

hmm~

Tapi, isnin ni rasa mcm nk cuti sbb tentu letih balik dr kelantan.
Tp..xdapat nk cuti.. sebab xconfirm lg + xde sape kat opis ni klo saya cuti!


tapi, pg ni saya br tau.. Awan Putih dah kembali!
dan rasa 'kehilangan' pun dah hilang. hehehe.

Zuril, bila nak aktif semula.

Rindu zaman2 aktif blog dulu. Zmn tu best sgt menulis dalam mainan bahasa.

Sekarang ni, hampeh jerk!


Marjina on 12:54 PM