1 comments

Saya susah terasa hati dgn tuan rumah. Sungguh pun kami hny menyewa, tapi kami bukannya duduk percuma. Biar pun rumah diatas geran itu tertera namanya, namun bayaran bulanan bank tetap guna duit kami jua. Selama ni, setiap kali saya bayar sewa..banyak juga kata-katanya yang mencalar rasa, cuma saya diamkan saja. Pada suami pun saya tak cerita. aah..hal remeh temeh. Tapi, bila baru-baru ini dia buat begitu..saya lihat muka suami saya pun dah lain macam, hati saya dah mula rasa masam. Mungkin dia manusia yang dilahirkan tak ada penapis. Nmpk mcm ramah dan baik hati pada mulanya. Entahlah.. manusia ni mcm-mcm ada~

Saya susah hati hal rumah.
Kalau nk pindah, bkn sekadar kena fikir dimana rumahnya, mcm mana nak angkat barang-barangnya.. tapi, yang paling utama... deposit rumah, api dan air. Itu semua memerlukan belanja...pitih..pitih...

Baru-baru ni saya sendirian ke Tesco. Beli barang dapur. Abang...pergi buat part time, sbg nelayan..eh, tak ada lah. Dia pergi memancing. Saya faham sgt, dia tu tak betah nk tggu saya pilih brg lama-lama. Tapi, klo tggu ikan makan pancing... boleh pula~
So, masa dkt tesco tu memang ramai sangat orang. Maklumlah, hujung bulan. Sana sini keluar dengan suami or isteri (saya je kuar sorg2..xpe, sure org igt saya ni single lagi..hahaha)..dan bwk anak-anak.. Meriah aja saya tgk. Bestnya klo ada anak.Hati saya dah mula ada rasa mcm tu. Atleast, boleh jugak saya ada teman g shopping, letak aja dia dalam bakul besar tu...bwk susu/puting utk dia. best jugak kan...

Balik dari tesco, abg masih belum pulang. Saya termenung sendiri di ruang dapur. Tengok menimbun brg2 yang saya 'angkut' dari tesco. Hati saya mula rasa... sunyi. Rumah yang besar terasa kosong. Ada tiga bilik, 2 bilik air, dapur dan ruang tamu yang luas..namun, semuanya seakan begitu...sempit. Tak ada erti...Saya benar-benar sunyi.

Naluri saya mula inginkan sesuatu..atau lebih tepat lagi...seseorang..seseorang yang akan buat saya 'naik pangkat' sebagai seorang ibu..dan abg sbg ayah...

:)

Bila agaknya?


Marjina on 12:38 PM


0 comments

Saya dah nekad. Dah hantar pun 'surat cinta' pada GL, tp dia cuti plaks~.

Saya belum ckp lg pd boss. Hari ni agenda dia byk. Schedule meetingnya smpi ptg. Saya nk ckp pun...mcm~

DLm sudut hati, saya sayang juga tempat ni. Sebab kat sini, adalah tempat dimana saya penah ganbatte smpi boss mitomeru(menerima) kerja saya. maklumlah, org dr technical background dtg buat keje office..kdg2 mcm tak sesuai je nmpk..tp, actually work is something that more than meets the eye.

walaupun seterrer mcm mcm pun knowledge dlm technical masa U, belum cukup utk nk jdkan seseorg tu competent... sbnrnya pengalaman adalah penting utk self development. dan kat sini, saya amat berterima kasih pada mereka yg byk berkongsi ilmu dan membantu saya.

selepas ini, sy akan kembali ke dunia technical kembali... dan saya harap saya dpt guna semua ilmu yg saya cedok disini... :)

cadangnya nk masukkan intenet...tp, tgk lah dulu..tgk budget jugak sbnrya...huhu~


Marjina on 12:40 PM


1 comments



[1] Alhamdulillah. Ada rezeki di tempat baru. Saya harap, kehidupan saya akan bertambah baik dan sihat di tempat baru nanti. Selepas notis 1 bulan, saya akan pergi dari sini. Mungkin, di sana tak ada internet. Sebabnya...saya akan kembali terjun dlm dunia production. Menjadi sebahagian warga production. Mungkin saya mampu mengaplikasikan apa yg saya belajar dan apatah lagi, ianya berkait rapat dgn dunia fotografi. Untuk itu...saya korbankan niat saya untuk memiliki sebuah SLR. Tak apa lah, mgkn rezeki akan ada next time. Sabar...SLR pasti akan saya miliki...

[2]Sejak dari form 2, secara tiba-tiba saya ditugaskan untuk buat hantaran sirih junjung utk majlis kahwen abg sy yg kedua. Memang waktu tu, saya yg langsung tak ada pengalaman dan langsung tak tahu mcm mana nk buat ni...terkial-kial nk susun bunga. Hentam saja~.. Tapi itulah titik permulaannya. Sejak saat tu meleret smpi ke majlis tunang,kahwin kakak dan abang2, semua hantara mereka mendapat sentuhan mereka. Sehinggalah...hantaran saya untuk suami terchenta pun, saya buat dgn 10 jari yang saya ada...Minat tu bermula dari situ..dan disebabkan minat, saya volunteer nk buat 2bekas hantaran utk rakan sama office..dan tak sangka, bermula dari situ, pintu rezeki saya terbuka. Skrg ni saya ada assignment baru. 7 dulang hantaran bertemakan hijau lumut perlu saya siapkan... terima kasih buat yang memberi kepercayaan dan peluang. InsyaAllah... saya harap, sentuhan saya kali ini akn dapat memberikn kepuasan kepada dia.... Amin.

[3]Esok dpt bonus. Hajat dihati nak beli FZ series punyer kamera..tp, terpaksa saya korbankan utk perkara lain...

[4]Pic atas tu..2 bekas yg sy buat utk kwn sy... dn InsyaAllah, lepas siap 7 bekas ni...mgkn sy akan letak kat sini...


Marjina on 12:51 PM


0 comments

Hari saya nak cerita pasal.... KL DRIVER

[1] Skrg ni dah jd satu style, derang guna lampu warna putih ala-ala lampu meja study untuk kereta. Seriesly saya ckp, bila jumpa kereta mcm tu...rasa nk je baling batu dkt lampu tu. Ape derang tak fikir ke lampu tu silaukan mata orang lain? Jalan raya adalah tempat awam, masing-masing bayar road tax, dan masing-masing menggunakannnya... fikirkan sama ttg org lain, jgn asyik nak fikir ttg diri sendri jer!

[2] Kelmarin, ada sebiji kancil memotong saya dgn laju dkt Kesas highway...then saya dapati, lampu brek belakang kereta tu ada 4(2 disisi, 1 lampu brek ke tiga dan 1 lagi lampu dkt area atas cermin belakang)...dan kesemuaaa lampu tu menyala! entah bila dia brek, bila dia tak tekan brek...saya sbg pemandu yg follow di belakang ni tak tahu...tak tahu nak alert mcm mana. Apa dia igt, lampu brek ni sekadar hiasan ...apa dia igt nak buat keta dia tu jd kereta berhias ker? Lampu brek ni lampu keselamatan... klo laa lori kontena besar tu yg follow, suddenly dia xde alert langsung mcm tu...dan pakai ikut suka kepala die je bila nak brek, then lori kontena yg berat dan tak leh nak brek on the spot tu..xmustahil akan 'panjat' atas dia. Dah melayang nyawa...sesal xberguna lagi!

[3] Sejak bbrapa bulan ni, saya dapati ada yg bwk motosikal selambe rock je bwk motor atas highway...dah tu..dok lorong paling kanan lak tu...pg td, siap dia tu cilok mencilok lagi...meter kereta dah 110~120 dah... tp motor tu leh memotong dgn laju smbl buat aksi cilok mencilok..Mgkn disbbkan hujan lebat, so jln utk penunggang motor banjir/xselamat...so, naik atas highway...tp..pepandai ler...xpun, bgtau ler pihak berkenan,..dan pihak yg sepatutnya tu..repair ler..sbb...skrg ni..nak tuko lorong pun dah naik risau bila tiba2 je ada moto dtg lalu kut tepi...

[4] Saya tau saya lady driver. Dan sesetgh sikap org...bila tgk je ppuan yg bwk keta, suka hati dia je cilok depan mata...geram sungguh!..kdg2 sy tekan brek..kdg2 saya buat dunno ler...biar..kita tgk sape byr keta sape..geram sungguh...lepas ni..nak tinted cermin~

[5]Bg sesiap yg lampu keretanya terang sebelah dan gelap sebelah, sila laa cepat2 repair...bila lampu yg terang tu ditinggikan..ianya menyilaukan mata org lain... dan sy cukup xsuka kereta yg mcm ni...

Huh..lega..selepas luahkan semuanya kat sini..


Marjina on 7:36 AM


0 comments

Terima kasih zuril :)

Hidup.
Kadang-kadang jemu.
Kadang-kadang rindu.
Kadang-kadang gembira...
Kadang-kadang duka..

Dan sentiasa.. macam tu aja.


Marjina on 12:40 PM


0 comments

Alhamdulillah, setelah bercuti beberapa hari.

Ada beberapa perkara yang menghuni hati dan fikiran.

[1] Mereka sudah sibuk2 bertanya tentang samada kami ni bakal hidup bertiga atau belum lagi. Ada juga mulut-mulut yang agak tajam menikam. Kalau sekali dua, tak mengapa lah. Tapi kalau dah banyak kali.. Aku pun jadi rimas juga. Aku bukanya buat perancangan dalam bandar atau luar bandar. Malah, telah pun berusaha sedaya upaya. Tapi apa kan daya, rezeki dan ketentuan itu kan milik Tuhan. Tambahan pula, untuk tempoh lima atau enam bulan dari sekarang saya ada sesuatu yang saya hendak buat untuk kukuhkan diri saya terlebih dahulu dari segi keupayaan kesihatan dan fizikal. Ya Tuhan, semoga KAU tabahkan hati kami berdua.

Abang, yuri harap abang tak akan lupa impian kita berdua...





Marjina on 12:35 PM


0 comments

Rata-rata manusia berbicara soal cinta, hati dan perasaan. Sedangkan berapa sangat yang faham dan hargai akan kewujudanya. Banyak yg saya jumpa, ada yang memahami tapi tatacaranya tidak pula menghargai sebaliknya mempergunakan kehalusan ciptaan tuhan ini untuk mengindahkan kehidupan sendiri.

Kalau diberi peluang untuk memilih menjadi lelaki atau wanita, pastinya saya akan memilih utk jadi lelaki.. kerana dipenghujung zaman begini, perempuan tidak lagi untuk disayangi, dihargai..dimanja atau pun di pimpin. Perempuan adalah insan yang sentiasa digunakan pakai untuk merebut peluang bagi kebaikan diri sendiri..oleh lelaki mahupun oleh kaum perempuan tu sendiri.

Sungguh, keikhlasan dan ketulusan semakin samar dalam hidup di dunia akhir zaman ini. Berapa kerat sangat yang mengerti dan memahami tentang tulus dan ikhlas. Tapi saya jamin, ramai yang mampu berbicara tentang soal ikhlas dan tulus ini mengalahkan pakar kaunseling profesional..sedangkan implimentasinya amatlah seco'et.

"Hidup..tak boleh lurus sangat. Nanti diri sendiri yang terkena. Pandai mkn, pandai la simpan..."

Maka, dimana letaknya ikhlas dan tulus bila kejujuran itu tak pernah terwujudkan.

Saya berbicara soal cinta dan hati bukan sekadar fokus pada perhubungan perasaan ant lelaki dan perempuan. Tetapi lebih menyeluruh meliputi perihal kehidupan dimana didalamnya ada sesuatu yang lebih berharga, iaitu kita sebagai hamba Nya.


Kalau setakat nak layangkan pada saya, "ayat-ayat power" mengulit hati... saya hanya akan senyum dan terima/dengar. Tapi tak mudah saya nak terima, telan dan seterusnya cernakan ia menjadi makanan hati...kerana kepercayaan saya tak semudah menanam ubi kayu, hanya pacakkan sebatang kayu dan biarkan ianya disitu.



Hidup.. adalah guru untuk saya belajar tentang hidup.


Saya pernah bertatih, berjalan ..berlari, kemudian tersungkur, bertatih dan jatuh jatuh jatuh. Sehingga ada luka yang berkali-kali berdarah hingga akhirnya serik untuk sembuh...


Lalu, apa yang saya lalui.. sedikit demi sedikit menjadi darah daging yang membentuk sesuatu yang saya panggil sebagai "saya".



mungkin, lambat laun kau akan sedar..bahawasanya, pemikiran kita serupa. Aku.. sudah lama tahu tentang ini, cuma aku sekali-kali tidak pernah menyatakan secara terus bahawa corak perjalanan pemikiran kita tak banyak beza. Barangkali, apabila kau semakin menyedari bahawa jalan mindaku dan jalan mindamu sebenarnya hampir mirip.. aku harap kau tahu, bahawa setiap gerakkan buah caturmu telah pun sedia aku ketahui. Cuma bezanya, dalam diam aku melihat dan menilai setiap kata dan tingkah yang terpamer. Dan jika saat itu tertakdir terwujudkan untuk kita, sedarlah... bahawa setiap helahmu telah lama terbentang dihadapanku. dan aku sangat berharap..waktu itu...kau akan MALU PD LIDAHMU...


Marjina on 12:47 PM


0 comments

Kadang-kadang...
Saya rasa sunyi sangat.


Marjina on 1:08 PM


0 comments

Saya hanya bertanya..tp tak sangka, pertanyaan saya yang menyelit dicelah kesibukannya mengganggu gugat kelancaran urusannya.

Sungguh, rasanya begitu menusuk halus jauh kedalam hati sehingga pedihnya menyerang seluruh urat nadi.

Mulai hari ini, apa saja yang berlaku..biarlah saya saja yang menyimpannya.
Tak pe lah..


Marjina on 4:34 PM


0 comments

Dia berada diatas..dan aku perlu mendongak untuk memandangnya. Tidak perlu mendongak terlalu tinggi, mendongak sedikit saja sudah cukup memadai kerana kedudukannya tidaklah terlalu tinggi.

Tapi..
Angkuhnya melampaui kedudukannya.

Aku terpaksa mendongak lebih lagi memandangnya untuk menyampaikan apa yang diarahkan oleh orang yang lebih tinggi kedudukannya daripada dia. Dan sewaktu aku mendongak, aku tidak melihatnya hanyalah.. keangkuhannya.

Mungkin, kerana aku hanya gred paling rendah.. lantas dengan mudah dia mempersoalkan kenapa dan mengapa sedangkan jawapan pertanyaan itu milik orang gred jauh lebih tinggi darinya. Aku pasti, bila dia dan orang yang gred lebih tinggi itu bersama, tentu saja dia akan menunduk jauh ke dalam bumi dan tanpa banyak soal melakukan apa yang diperintahkan.


Aah.. manusia!
Mudah lupa diri.

Bongkak. Takbur. Angkuh.


Tuhan. jauhi daku.


Marjina on 3:23 PM


0 comments

Saling membantu..
Saling menumpang bahu, untuk memberi kekuatan...
Saling memberi ingatan tentang kehidupan...
Dengan ikhlas dan jelas,
Tanpa terwujud rasa yang tersembunyi,
Melainkan rasa.. seorang sahabat.


Terima kasih, kawan..


Thanks to all my friends


Marjina on 7:43 AM