1 comments

[Kenangan...]

Kadangkala, ceburu juga bila saya lihat ada yang enak di buai kenangan..Sedangkan saya, bagaikan satu penyakit allergic yang menimpa hati bila cerita lama menjelma kembali.

Kadangkala, susah nak terima kenyataan...tapi, apa nak buat..kenangan adalah sejarah...sejarah adalah takdir masa lalu.. yang memang tak ada apa/siapa pun yang mampu mengubahnya..melainkan menerimanya dengan hati yang redha~

Hmm...

Selagi tidak menerima, selagi itulah kesakitan akan dirasa...

Kadangkala,
saya rasa saya percaya bahawa sesuatu keadaan itu baik-baik saja..
namun, hakikatnya saya tak sedar... apa yang saya percaya itu bukanlah kepercayaan, tapi sebaliknya satu keinginan...Keinginan dari hati yang mahukan sesuatu keadaan itu baik-baik saja, sedangkan realiti....? sememang jauh dari apa yang disangka.

Adakala, saya mahukan peluang kedua...
Peluang kedua untuk memilih dan menjadi lebih realistik..
Saya mahu tapak kaki saya rasai tanah tempat kaki berpijak...

Saya bukan menyalah sesiapa mahupun apa saja yang menjadi punca saya begini.
Cuma..saya mahu nyatakan, rentetan demi rentetan cetusan peristiwa itu telah pun bergabung menjadi satu titik peralihan yang kini menjadi landasan saya...

Sungguh..
Ianya sama, serupa...sungguh-sungguh serupa..cara yang tak banyak bezanya..
Cuma, saya saja yang memilih utk terus menurutinya meskipun kelak, penghujungnya nanti adalah jurang dalam yang pastinya menelan dan saya akan terus lenyap selamanya.

Adakala, hati saya mcm marah...rasa mahu saja saya jeritkan semuanya..biar semua tahu dalangnya, semua kenal Ki Dalangnya...tahu autanya...Tapi saya tetap bertahan...memujuk hati..
Namun, bila waktu berganti,'kegilaan' saya datang lagi....paling tak mampu, terkuak jua sedikit pintu kemarahan...Tapi, sudahnya...tak ada perubahan.

Kelmarin..hari ini dan semalam...adalah serupa saja. Dan esok..entahlah, memang tak ada apa perubahan ke arah kebaikan...

Entahlah~


Saya malas nak buat kerja!


Marjina on 12:10 PM


2 comments

[Nak reply comment zuril dlm previous entry]
1. Pendapat saya tentang viva.
Not bad. Lawa jugak laa...tapi, entah. Mata saya prefer Myvi lagi berbanding viva.
Vios pun cun jugak...tapi..saya lg suka tgk accord..hehe

Tu la, org perempuan klo ckp pasal kete..dia tgk 'rupa paras' je..hehe..

Tapi kan ril, xkisahlah samada pentingkan rupa atau enjin...dedua pun kena ada 'money' jugak..
no money no talk maa~

[Abang as a car driver]
Abang bknnya seorang yang memandu dlm kadar 80km/j. Plg kurang utk jln biasa, jarum meter akan tunjuk pada angka 100 atau 110.

Sbnrnya, dalam hidup saya..ada 2 orang saja yang saya 'percaya' bila dia memandu.

1st, My brother...2nd, My Hubby.

Kali pertama saya naik kereta yang laju gila, adalah ketika berusia 11 thn..masa tu follow chak(my bro) g kulim...Masa kami berdua jer. Tanpa sedar, saya memegang sisi seat tmpt saya duduk dengan kedua-dua belah tangan. Dah lah jalannya bengkang bengkok. Rasa mcm nak terbang jer. Laju gila~

Chak : Adk takut ker?
Saya: tak lah. (walhal, dalam masa yg sama kemain kuat lagi saya genggam sisi seat tempat saya duduk..huhu...)

Chak memang minat kereta..sukakan speed .. dan mungkin, dia yang byk mempengaruhi saya. Dari kereta buatan malaysia, dia bertukar kepada kereta dari jepun dan akhirnya dia memilih kereta dari eropah. Kalau setakat Seremban-KL...dalam 25 minit jer dah boleh sampai.haha..

Bila saya jd co-pilot(duduk di sebelah dia bila dia memandu)..dia akan byk bercerita ttg cara pemanduan, teknik pemanduan dan sket2 ttg kereta...

Rekod paling laju saya penah rasa dgn chak...270km/j..Haha..dalam keadaan kereta yang banyak...dan dia 'cilukkk saja'..chak mmg hell driver

Disbbkan dia, akhirnya saya membesar dgn satu tabiat...setiap kali saya naik kereta dgn org lain(xkisahlah, kwn, pakcik, senpai atau sape2 saja..)..saya akan 'baca' cara dia memandu...heh..

dan..akhirnya, masa kali pertama saya jd co-pilot abang(masa tu br kenal2, xkapel pun lagi).1st impression saya pun, mmg ok ...dan skrg..bila dah lama kapel dan dah kawen pun...Memang, abang adalah pemandu yang saya percaya walaupun dia sbnrnya memandu dengan laju jugak.(seriusly, klo style bwk 80km/j..dah lama dah out of my list~)

Abang memang drive laju..tapi, saya xkisah sbb saya percayakan dia...

Kenapa saya percaya abang as car driver?
Sebab dia bukannya laju membuta tuli..dia ada cara dan style tersendiri ketika memandu laju..
dia tahu bila nak tuko gear, apa nak buat bila nak memotong, apa nk buat waktu corner..time bila nak 'mkn jln'...time bila nak cilok..keadaan mcm mana nak cilok..dan mcm2 lg lah.

Bbrapa kali juga dia penah race..dan ada 1 yang saya boleh simbolkan sbg 'Legendary race'
masa tu kami nak ke KL dari Kelantan. Jalan Kuala Krai-Gua Musang. Kami 'main' dgn Gen-2 1.6....heh..corner dgn kadar 160km/j dan kete Gen2 kat depan tu pun langsung xmenyala lampu brek..kiranya dia pun 'lari' dlm kadar yang sama...

pegh..mmg xkan lupa..debaran/excitement/kejutan dan mcm2 lagi lah perasaan waktu tu...Hahaha...serius best!

tapi, saya xnak benda ni utk kali kdua...sebab saya tahu, kita tak sentiasa bernasib baik. Kan?


[To hana]
Saya dh jd Puan Yuri :)


Marjina on 12:33 PM


1 comments

[Persona yang mempesona]

Persona.
Agak menarik jugak..dari segi harga dan keselesaan.
Setakat nak drive bwk family/ank2 balik kampung... saya kira Persona agak ok juga.
memandangkan harganya+bentuk dan keluasan dalam/but kereta agak ok...
mudah2an model ni mampu menaikkan kembali Proton.

nak tahu lagi... klik sini

harga pun, berpatutan...

tapi..apa pun..
saya yang suka drive, sukakan speed dan gemarkan cabaran..
saya tetap mengintai mazda..
abang minat Toyota Caldina GT4..


Marjina on 1:16 PM


1 comments

[malas]

keje banyak...tapi. M.A.L.A.S


[sms]
Kakak: apa pendapat adk kalau mimpi bergelut dgn harimau, bgn pagi esk badan penuh dgn kesan cakaran

saya : teruk ker kesannya? (saya dah susah hati)

kakak : teruk gak, sampai kena taruk ubat. Tapi bkn kak yg kena. Kawan kak yang kena.

saya : fuh lega. Igtkan kak yg kena. Kawan kak tu terlebey mkn biskut tiger kut?

kakak : ntahlah.

dalam hati saya: alamak, respon kurang baik. Bad mood laks~ kakak ku ini...


[hantaran]
belambak lum siap..huhuhu

ganbaranakucya~

[uitm]
bila nak start apply ni?
pening betul lah...aduhai..


Marjina on 12:56 PM


0 comments

Ada sebuah van melintas dihadapan kereta yang sedang kami naiki. Di bahagian hujung kanan van tersebut, berkibar megah jalur gemilang kebanggaan kita.

Abang: Yuri tak nak ke pasang bendera dekat kereta? Klo nak, abg boleh pasangkan.
Saya: Bendera?..erm...entahlah.. tak nak lah.

Entahlah...saya mula rasakan, untuk apa kibarkan jalur gemilang sedangkan jauh di sudut hati, terlalu byk perasaan kecewa..bilamana..byk sgt realiti program, byk sgt hiburan, wujudnya program jom heboh..etc~


Marjina on 12:36 PM


0 comments

haha.. ada my fwen dah promo my job kat dia punyer blog..nice gak..hehe

oklah..serba sedikit tentang keje saya ni..

actually, saya tak pernah fikir utk jd PA atau pun seketari. Bila sebut seketari jer, semua org terbyg, org tu mesti cun/pandai bergaya...hehehe..

Sebenarnya, tak mcm tu. Maybe company lain mcm tu. But, here..at this company...bkn mcm tu.

Bg saya, seketari atau PA mesti jd best friend kepada boss. Memahami, mengerti dan menyediakan apa yang boss mahu based on kehendak dan keadaan yang boss inginkan. Apatah lagi, klo semuanya mampu disediakan tanpa perlu boss ckp byk2...xbleh jd mcm 'paku dan mertun..sekali ketuk, sekali masuk'... :)

japan-english- malay and vice versa interpretation and translation is a must...


dan mesti tahu berkomunikasi.
Tidak juga bereti pandai mengayat or bijak berkata-kata..

Tapi, sbg org tgh ni...kdg2 kena pandai cover line..
kdg2 kena byk bersbr sbb apa saja yg nak ditujukan pada boss, akan sampai pd kita dulu...dan apa saja yang boss nak hamburkan pd org lain...pun smpi pd kita dulu...jd bila dlm keadaan mcm tu, bila org berckp dlm bahasa yang kurang senang...sbg seorg interpreter, xkan kita nk sampaikan perkataan tu directly? nak xnak..kena pandai2 supaya situasi xtegang atau pun keadaan tak menjerat sesiapa. Ini yg paling susah...~ dan kdg2, bila semuanya lekat dkt hati sendiri, sy lak yg cepat naik tension.

mesti berani ckp dkt public..sbbnya, nak kena interprate apa dia ckp masa morning assembly..

dan lain2 tu..keje documentation laa~

filing, report dan merepot...kerepot~

tp..tu semua...until 30 August ni jer. Lepas tu..back to production worldddd~

mencabar dan byk menduga ketahan mental dan batiniah.
Apa pun, saya terima sbg satu cara utk 'self development'

:)


Aku melihatnya...beransur-ansur hilang..Sukar rasanya meluahkan apa mahunya jiwaku...kerana isinya tidak bisa dicernakan dengan baik..malah, initipatinya tidak langsung seperti difahami. Sulit!

lalu, ku lihat satu persatu beransur pergi...
Jika terus ku telan segalanya...satu persatu lambat-lambat mengatur langkah pergi menjauh...
Namun, bila ku luah suara yang luruh dari jiwaku...satu persatu mengatur langkah semakin laju menuju jauh..

Hmm..
Apa pun saja syaratnya...sememangnya serupa..
cuma bezanya, adakah ku kehilangan dalam masa yang singkat ?
mahu pun..dalam masa yang panjang...?

Hakikatnya.. ku tetap kehilanganya.
Sedih.




Marjina on 12:44 PM


0 comments

Intenet kat opis lembab mcm kat CC.
Siput sedut semput betul lah ~

Dekat-dekat nak berhenti ni, byk pula kerja yang dia beri. Itu ini, semuanya nak kena translate. haiya~ Cuba-cubalah belajar english...nanti saya tak ada, sape nk tolong?

alamak.
Ada urgent job.
See..sblm berenti, byk lak keje~


Marjina on 1:01 PM


2 comments

Semua orang berkelana mengikut haluan masing-masing. dan aku pun...dah mula menapak meneruskan perjalanan.

Yang dah sudah tu..sudahlah.
Mungkin ini tandanya aku semakin menuju kedewasaan..

Isu orang ketiga. Satu topik menarik yg saya jumpa.
kwn saya tny , klo saya..apa saya buat...?

Sblm tu, biar saya klasifikasikan :-
orang pertama- hubby
org kedua- wife
org ketiga - 'dia' yg bergelar isteri


Kalau saya di tempat org kedua...

[1] Rasa nak bagi penumbuk jer. Tarik2 rambut ni tak main aar...kalau tangan tak naik, InsyaAllah kaki saya naik.

[2] Bila 'dia' minta saya memahami dan mengerti or mengemukakan mcm-mcm-mcm-mcm alasan yang menerangkan pelbagai keadaan... saya akan dgr/baca..then, saya diam..pegi lu!
klo koyak secarik kain..xperlu ler kain panjang berela..

[3] Saya selalu simbolkan 'dia' ni sbg parasit ..sbb dia menumpang di satu dahan dan menyerap segala kebaikan...sudahnya, induk yg kekurangan zat dan akhirnya tunduk menunggu mati. Saya pun nak jugak lah jd parasit. hahaha... parasit utk org lain...biar kucar kacir org lain pulak setelah saya pun di kucar-kucarkan...heh

haa..itu kalau saya lah..

kalau korg?



Marjina on 12:46 PM


0 comments

Application form utk pasca siswazah ke uitm dah keluar. saya br perasan semlm. tarikh tutup dia early sept ni.byk lak requirement dia.mudah2an dipermudahkan semuanya.Amin.

Setengah orang tak suka belajar. dan saya... tidak lah termasuk dalam golongan yg setengah itu :)






Semalam, ku bukan letih. Cuma.. jauh disudut yang terpencil di dalam hati terbit satu kesepian yang halus menusuk ke saraf tunjang jiwaku. Tidak mudah menjawat 'jawatan' ini meskipun kau pastikan kata, aku lah yang paling bertuah kerana berjaya berada disini...Sedangkan bagiku, tempat ini tak lebih daripada satu cabaran menebus hutang dari seorang hamba kepada Penciptanya.


Marjina on 12:41 PM


1 comments

[20 March 2006]
Satu kemalangan jiwa telah menimpa diri saya. Akibatnya, hati saya cedera parah sampai satu tahap, saya rasa nak ambil pisau dan tikam perut saya. Bukan sebab saya nak bunuh diri atau nak mati atau putus asa. Tapi..sebab saya tak tahan nak tanggung sakit di hati. Sungguh sakit. Sakit yang tak pernah saya rasa betapa sakitnya. Sampaikan masa tu saya terfikir, nak tikam perut supaya kesakitan perut yang berdaah boleh buat saya lupa hati saya yang parah.

Kesannya ada sampai sekarang.

Sekarang pun, saya cuba belajar untuk menerima dan redha dengan semua. Perlahan-lahan.
Untuk saya kembali 'berdiri'

Takdir.Saya terpaksa akur.Ya..Takdir.



[Semalam]
Saya tersentak. Saya diam. Dia tanya kenapa saya diam. Saya cuma cakap, tak ada apa-apa.Sedangkan dalam kegelapan, saya sembunyi airmata...

Hari ni, saya memburu jawapan.

Harapnya, hati saya salah.


Marjina on 12:59 PM


0 comments

Hari ini, hati aku tak rasa tenang.

Macam-macam bermain di minda. Banyak berlegar dikotak fikiran.

Deria keenamku mula menutur bicara..

dan aku mula terasa bingit dengan patah kata yang terluah.

Setiap baris huruf yang tertera di kaca mataku akan dicerna oleh hati, lalu dinilai oleh deria keenamku menerbitkan rasa-rasa yang melemaskan seluruh jiwa dan minda.

Ada sesiapa mahu naluri ku?

Ianya tajam dan sensitif. Keberkesanannya ku jamin.

Aku ingin jual.

Murah saja. Aku rela beri dengan percuma.

Ada sesiapa mahu?



Marjina on 4:37 PM


0 comments

[1] Boring+marah.
Ramai yg dah tahu sy nk resign. Ramai yg tahu company mana. Dan mcm2 lah komen2 dr org..yg buat saya rasa menyampah. Apa diorg igt, diorg tu org engineering dan sy ni cuma seorg PA, saya ni langsung tak tahu ker pasal production. Tolong lah...klo setakat jaga production yg monthly targetnyer cuma 8000 tu...xyah nk berlagak ler..setakat balik keje kol 8 mlm sbb jaga production, xyah nak tunjuk eksyen ler...bg komen itu ini...Kdg2 geram jugak..mcm ler kita ni xpenah jaga production..Dulu, sblm jd PA...mmg saya org production..target kat situ utk 1 line=1 shift =2500 pcs..dan saya kena monitor 14 line..angkat equipment, tawaf 1 kilang cari brg dan buat analysis...balik kol 10 mlm...dan kerap jugak ler balik time kol 3 pagi..klo ada testrun...dgn problem di sana sini...pening kepala nk layan..dgn kerenah production management mcm hampeh...urat2 tangan pun makin timbul sbb angkat equipment berat2..network analyzer, spectrum analyzer..semua tu..berat woo...dan skrg ni, jd PA, dok opis...terkulat2 xtau nk buat apa...rasa mcm 'bentat' ..xberkembang...dan peluang ni yg dtg utk sy buat apa saya suka...sbb sy pilih utk pergi...

saya nak berkerja...bknnya penat2 redah jem dkt fdrl highway tu...smpi opis, duduk je atas kerusi besarkan punggung...saya tak suka mcm tu~

sbb tu sy tuko keputusan...

mmg sy geram...saya dah buat keputusan dan decision. Xelok memperlekeh2kan org lain pnya keputusan. Menyampah betul..."ko nk g company ABC ek?" sy jwb "a'a".."eei..xnak laah aku..production dia besar..bla bla bla bla...eeii..xnak lah"...grrr,mmg rasa nak luku jer kepalanya. M E L U A T G I L A!


[2]Dia.
Saya tahu..dia masih rindukan kampungnya. Anak desa sptnya mmg xbetah tggl di bandar.Saya faham sgt. Melihat sinar matanya pun, saya dah boleh tahu yg terbayang dihujung matanya adalah kehijauan desanya..kehijauan kaki gunung banjaran titiwangsa... :)


[3] Editing.
Editing is under progress..InsyaAllah, saya mahu bantu dia hasilkan yg terbaik. Lgpn, dah byk karya dia yg dulu2 saya edit..dan skrg ni, after almost 1 and half year, br sy start buat keje edit karya dia semula... InsyaAllah...

[4]
Sembunyi...aku tahu, ada yang tersembunyi...sengaja disembunyikan... :)


Marjina on 12:47 PM


2 comments

Back to office.

Alhamdulillah.Best balik kampung.
Mkn durian, manggis, rambutan.

[1] Seronok balik kampung. Syukur, kerana keluarga mertua baik. Mujurlah saya faham juga bahasa daerah tu sikit2 sbb ibu saya asalnya dari kawasan tu juga. Seronok sebab terasa rupanya, saya ada keluarga yang besar.. meriah...cuma, sebetulnya saya lebih senang memerhati, berbanding untuk menyertai~

[2]Radio era.
Malam-malam kan ada slot 'apa kes' yg nana dgn jemi...ntahlah, saya tak berapa suka rancangan mcm tu.Spt mana saya xberapa setuju dgn tindakan Ina Mawi yang mewar-warkan kisah putus cinta/2nang kepada semua orang...saya pun turut tak berapa suka dgn rancangan mcm tu. Entahlah, bg saya...perkara mcm ni bukannya isu yang boleh dijadikan satu cerita hangat. 1 malaya boleh tahu kisah cinta luka tu...tak tau lah. Tak berkenan sangat. Tengku Zawiyah, janda datuk K tu... xde lak nak kecoh2..maybe dlm paper tabloid ada laa kut.. tp, xde smpi nk wat siaran tv/radio... Entahlah...Kita masih punya harga...Dlm blog pun, ada juga laa yg dok cerita kisah cinta luka..tp, bg saya tu ok lagi...sbb blog tu, mgkn certain2 org..xtaupun...pembacanya xsebyk pendengar radio no 1 malaysia tu...

Klo di buat rancangan kisah cinta sweet2..manis2...kan best jugak nk dgr..Kita yg jd pendengar ni pun , leh tumpang senyum...tmpg bahagia dan gembira...bknnya tumpang nak maki laki tu atau pun tumpang melihat kekantoian org lain.

[3]Fotopages.
Entah bila saya akan pandai amik pic..saya teringin nak amik pic mcm nettbiru ni..

[4]Mak saya sihat.Alhamdulillah. Cuma, baru-baru ni leterannya makin berjela-jela. Bukan kerana dia seorang yang kuat berleter. Mak pendiam orangnya. Just...bila dia semakin hari bukan seperti dia yang dulu...entahlah.. sayu hati saya melihatnya...

Mak..
dalam diam, hati saya tersentuh..
melihat renungan mata mu yang terlukis seraut wajah ayah yang telah lama pergi..

Mak..
Kerinduan tak pernah lenyap hatta setitik pun dari hatimu..
Bayangan ayah tak pernah pudar dari benakmu...
Senyuman ayah tak pernah luntur dari hatimu..

Cinta mak pada ayah..
Melangkaui langit melepasi angkasa..

Namun,
Ayah tetap disana..
Bersemadi di dalam sanubari mak disini..






kadangkala, hanya dengan setitis embun yang menitis dari hati yang tulus...kita sudah mampu untuk mengukir segaris senyum. Adakalanya, aku tertanya sendiri..bisakah setitis embun itu mampu memadamkan bara amarah lalu...


Aku,
Terlalu ingin untuk menikmati kembali ayat indah seperti waktu itu. Rancak menutur kata menitip patah menyusun rangkap puisi. Biarkan segala yang terindah dari hati teradun dalam susunan huruf-huruf yang indah. Sehingga yang membaca..turut merasai nikmatnya hati...

Sungguh.. keinginanku ingin mahu seperti waktu itu...

Aku mahu hidup...kembali...seperti..dulu-dulu.



Marjina on 12:42 PM


1 comments

Semalam MC.Sakit GG..erk, sakit gusi sbnrnya..gusi bengkak angkara gigi bongsu saya..dah bbrapa hari dah bengkak tp semlm bisanya dah sampai saraf kepala...

Hari ni pun...cakap sikit-sikit aja...klo ckp sgt,ngilu semua gigi..rasa nak luruh jer gigi...

Dentist nasihatkan cabut...huhu..takut...entahlah bila sy akan cabut.Sungguh, saya takut!

yea!

lepas kerja ni..nak balik kg...balik kelantan, lepas tu balik kedah.

Nak makan buah...bestnya...

tapi, gg saya sakit...huwaaaa~

aaaaaahhhh...bwk pain killer skali. mkn jer, sakit kalu.. mkn ubat.Bijak tak saya?
Ngeh ngeh ngeh.

langsat, manggis, duku langsat, rambutan, durian, rambai...wah wah wah wah...
meleleh air liur...

dan..rindu sangat pada mak..

sejak dua menjak ni, terigt sgt pd arwah ayah. Dulu-dulu, saya membesar dalam keadaan, setiap pagi lena saya terputus dengan alunan suara ayah melagukan ayat suci Al-Quran. Setiap pagi, dia akan mengaji..surah yang sama..sampailah satu masa, dia dah tak berdaya lagi nak bangun...

saya lupa password fotopages saya...seriusly lupa...so, saya dah buat yg baru.Cuma..lum upload gambo lagi. Nanti, InsyaAllah...masa dkt kg ni, sy nk amik pic byk2..sebyk yg mungkin. Nikon saya dah rest in peace. Kali ni, dgn fp yg baru..biarlah canon pula menunjukkan aksi..

Kalau dulu, saya selalu ragamkan keindahan bumi sakura... kali ini, saya mahu abadikan keunikkan tanah tumpah darah saya sendiri...

Salam hujung minggu buat semua...

Salam sayang,
Ani.


Marjina on 12:45 PM


1 comments

Ubah wajah.
Saya suka 'wajah' ni sebab ada gambo bunga lili.

Yuri = lily = my peberet munge!

Semlm, saya kongsi juga dgn abang, keresahan saya tentang rumah.
Terima kasih~
Hari ni saya tak susah hati lagi.

Abang,
Arigatou~


Marjina on 1:12 PM