0 comments


19 February 2007 dalam kenangan.

Okey,spt yg dijanji, ini antara pic masa hari kenduri..

Sejak kebelakangan ini, kesihatan menjd halangan. Tak larat rasanya nak drive meredah kesesakan dalam kudrat diri yg amat terbatas.Hmmm....

Perihal ibu..ibu saya dan ibu mertua..kedua-duanya dalam keadaan yg tidak lah begitu baik.
Iringilah doa saya semoga semuanya baik semula.

Melihatkan tahap kesihatan yg minima, ramai yg tanya "pregnant ke?"..
Saya senyum aja... dan saya tahu, belum rezeki saya lg utk memberi jwp ya kpd pertanyaan tu..

anyway, salam jumaat utk semua...
Have a nice weekend...


Marjina on 12:52 PM


0 comments

Apabila kata-kata yang diungkap mahu dijadikan alas kepada janji...
Dan kemudian, ianya terjadi cuma sekali..langsung tidak memadai dengan kesungguhan tika
kata itu diluah..

Lalu,
Salahkah aku bila aku tidak lagi meyakini?

Bila tgk dalam inbox, semuanya email kerja.Bosan betul.
Bosan sangat.


Marjina on 12:37 PM


0 comments

Senyuman saya tempoh hari, mungkin terlalu manis hingga tidak ternampak ada retak dihujung senyuman itu..Mungkin, saya terlalu baik hingga tak sedar ada kedinginan tersulam dalam setiap tindak tanduk...Dan bila, kata-kata itu terlahir dan membawa maksud "tidak tahu"..saya tersedar sendiri, rupanya rajuk dihati hanya saya yang 'syok sendiri" melayan laranya.Hmm...

Dan sekarang,
saya sedang berfikir..apakah senyuman dan tindakan baik saya bermula dari saat itu dan seterusnya akan dilihat dan dinilai dengan penuh prejudis?Ditafsirkan sebagai sesuatu yang berselindung disebalik yang tersirat memudarkan putihnya keikhlasan?

Serba salah.
Meluah kerana jujur; kerana saya sangka, ianya telah pun diketahui (aah..paling tidak pun, mampu dirasai oleh naluri),tapi yang terluah jadi racun memadamkan semua yang tulus...kerana ia tidak pernah tahu.


Terkdg, saya jd terlalu marah pd org itu.Saya rasa nk marah2 dia.Saya benci sangat.Sangat.

Kemudian, hati saya menangis...menangis dan menangis. Kenapa?
Kerana saya tahu, dia yang tak pernah menutup pintu utk org itu dan menyuruh nya usah kembali.

Dan sbb itulah saya menangis.

Saya benci.Setiap kali saya meluah rasa ini...sudahnya "awak yg memilih utk sedih"...
Saya benci jawapan tu.Benci sangat.

Kdg2 saya mempersoalkan kenapa saya perlu wujud kalau hati saya sakit mcm ni.

Hidup mesti tabah.


"Andai ditakdir, rentaknya tidak berubah dan masih sama....Tuhan, jemputlah aku kepadaMU"


Marjina on 12:40 PM


0 comments

Akur pada aturanNya,
Aku tak punya daya,
Biar pun hati enggan terima..
Tapi aku tak punya cara,
Cuba jua menerima..
Walau pun terpaksa.

Mengapa kau tetap disitu?
Berada di penjuru itu?
Melihat bayang pun aku tak sudi..

aah...tak tau nak tulis puisi lg...Senang kata, once aku tak suka..payah aku nk terima!

Tapi saya terpaksa...hutang budi dibawa kemati...apatah lg tanpa tahu, kita termkn budi org yg kita benci..

Selalu juga diri saya cakap sendirian.."mengapa payah orang nak terima keputusan aku?"..
atau pun hormati keinginan saya.. Maksudnya...

Kenapa?Dah tahu saya tak suka tapi tak reti-reti nak beransur pergi...

Kenapa?Saya pula yang kena pujuk hati, kena ajar diri utk terima yg dia tu tak nak pergi....
Kena belajar terima her existance... Hmm... kenapa setiap kali mesti saya??



Hmm...
Wahai Tuhanku yg Maha Kaya lg Maha Mengetahui... kudrat sekeping hati aku serah pdMU.
Makin tak berdaya, makin lemah.


Entahlah...Kusut!


Sebenarnya hati saya berdebar utk majlis 16hb nanti...Berdebar..Risau...Takut..
Tapi, apa nk buat..hadapi saja..Cuma saya harap tuhan tlg jaga ibu saya.Saya cuma ada
satu ibu yg sepi dalam rindu pd arwah ayah.Kudratnya kian susut dimamah usia, hatinya kian jauh dibawa kenangan lama...Saya cuma harap tuhan tlglah jaga ibu saya.


Buat jidah,terima kasih jidah :)

Nnt ada chance, saya letak gambo kahwin.InsyaAllah...


Marjina on 12:58 PM