Assalamualaikum.

15hb adalah tarikh dimana saya akan kembali ke tanah air..dan sekembalinya saya kelak, saya tentu akan tinggalkan 'rumah' saya ini semula seperti sebelum ini..

Alhamdulillah...
Kali ini segala urusan lancar meskipun hampir-hampir kepulangan saya ditunda ke tarikh 29hb.Terima kasih boss!

Soal kerja..segalanya berlangsung dengan baik..banyak yang saya belajar..Kali ni, sudah masuk kali ketiga saya bertukar kompeni..dan Insya Allah, hati saya rasa serasi...dan sejuta kesyukuran kerana boss saya kini mmg seorg yg amat saya hormati..baik dari segi cara, pemikiran dan ilmu yang dia miliki...kagum saya kerana ada org islam dan org melayu sepertinya..Dia mmg boss yang baik..

Apabila pulang kelak...tugas saya sudah pun menanti...Insya Allah, dengan izin dan bantuan dari Allah..segalanya diharapkan berjln dgn lancar..bersama team work yg ada serta komitmen dari semuanya...mudah-mudahan apa yang kami rancangkan akan berjln lancar.

Projek kali ini memang menelan belanja berjuta-juta..Akan tetapi, bukan nilai juta-juta yang menjadi ukuran..sebaliknya, projek ini sebetulnya memberi impak yang besar terhadap kesinambungan tempat saya kerja kini.Bak kata boss..kita mesti kerja kerana Allah Taa'la..barulah kita amanah dan rasa seronok apabila bekerja. Dan bagi saya...projek yang menelan juta ini sebenarnya..adalah periuk nasi utk beribu-ribu anak bangsa saya nanti...Semoga usaha kami turut diberkati...walaupun..cabarannya semestinya hebat...

Dan soal hati juga perasaan..
Usah ditanya..tentulah hati saya gembira kerana akan pulang bertemu dia...rindunya hanya Allah yang tahu...Barang-barang sudah siap masuk ke dalam beg..pakaian pun dah siap diseterika...Menjelang 7 pagi..kami akan bertolak ke narita...

Doakan perjalanan saya selamat sampai..dan semoga esok akan menciptakan satu saat yang ingin sentiasa dikenang sentiasa....


Dia tujukan buat saya lagu ni...saya kira, dia taip liriknya dalam email yg saya terima siang tadi..mungkn dia menaipnya sambil mendengar lagunya berulang kali... ;)


Bila Diri Di Sayangi - Ukays

Terdengar bisikkan mesra
Kalimah keramat.. bermentara
Bermulanya siang.. berakhir malamku
Tak akan ku jemu.. menyebut namamu

Tiada batasan waktu
Tiada tempat mu tertentu
Di gunung di lembah.. di darat di air
Siapapun hamba
Keiklasan doa.. keagungan kasih..
Mengubah takdir

Bila ku sedari.. diri di sayangi
Langkah kaki ini.. semakin berani
Bila terkeliru.. kuucap namamu
Terasa diriku.. kembali di pandu

Engkau yang pertama.. tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan.. engkaulah cahaya
Izinkanlah aku menumpang di sisi
Di bawah naungan kasih dan sayangmu
Ku berserah diri

Tiada batasan waktu
Tiada tempatmu tertentu
Di gunung di lembah.. di darah di air
Siapapun hamba
Keiklasan doa.. Keagungan kasih
Mengubah takdir

Bila ku sedari.. diri di sayangi
Langkah kaki ini.. semakin berani
Bila terkeliru.. kuucap namamu
Terasa diriku.. kembali di pandu

Engkau yang pertama.. tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan.. engkaulah cahaya
Izinkanlah aku menumpang di sisi
Di bawah naungan kasih dan sayangmu
Ku berserah diri

Tiada batasan waktu
Tiada tempatmu tertentu
Di gunung di lembah.. di darah di air
Siapapun hamba
Keiklasan doa... keagungan kasih
Mengubah takdir


Keikhlasan doa.. Keagungan kasih...Mengubah takdir
Terima Kasih, sayang.


Marjina on 11:16 PM