Assalamualaikum.

Selamat pagi.
Bumi utsunomiya pagi ini cerah disinari cahaya mentari..hari ahad, adalah hari cuti.

Sebetulnya saya tak punya ruang waktu yang besar untuk saya menulis seperti dulu.maklumlah, kedatangan saya kemari adalah kerana kerja...dan kerja saya pula, menuntut komitmen yang besar.

Cuaca disini...suhu paling tinggi adalah 12...tapi..suhu paling sejuk sepanjang saya berada disini ialah -1.5..Tapi, kesejukan begini tidak langsung setanding dengan bumi hirosaki..dan mujur, tubuh saya masih lagi mengingati bahasa bumi Hirosaki.Paling tidak, kesejukan yang dari angin utsunomiya tidak terlalu menjejaskan ketahanan tubuh saya. hehehe..Namun, hidup saya berdarah juga sikit-sikit..alah, perkara biasa laa macam tu..Lama rasanya saya tak alami kesejukan begini.Bagai mimpi pula rasanya...kerana saya memang tak pernah menyangka suatu hari nanti saya akan kembali berpijak di bumi sakura...

Boleh dikatakan, setiap malam saya dan dia webcam. Cuma...2 malam baru-baru ni saya tak webcam..sebab keadaan kesihatan saya yang kurang baik, disusuli pula keadaan kesihatan dia yang sedikit menduga. Demam rindu agaknya..hehe..
Syukurlah, semlm kesihatan saya kembali ke pulih dan keadaan kesihatannya sudah menjadi seperti asal semula.Dapatlah kami webcam seperti biasa.

Banyak sebenarnya yg dah berlaku antara kami.
Tapi itu semua cerita dah lepas..

Kenang lah cerita lalu..andai mampu memberi kesedaran dan peringatan..
Sebaliknya...buanglah segalanya, sekiranya semua kisah lalu hanya mencalar parut dihati.

Kadangkala..airmata saya luruh sendiri. Bukan kerana sedih..
Nyatanya airmata saya luruh..kerana saya tidak menyangka, rupanya masih ada untuk seorang saya.

Kadangkala..tersayat juga hati apa bila kisah lama datang bertandang. Namun, cepat-cepat saya tepis supaya pergi. Kalau saya nak kenang kisah lalu..lebih baik saya bawa saja kisah hidup saya sendiri..

Nyatanya, kerinduan mengajar kami agar lebih menghargai..apatah lagi, disaat saya disini, kesihatan saya pula menduga..

Atas satu rasa yang singgah dihati...saya tak mampu nak terangkan perasaan yg ada..
cuma..

hati saya menangis..
jiwa saya menangis..
perasaan saya turut menangis..

Bukan kerana duka..
Tapi airmata itu sebetulnya penuh kesyukuran.
Penuh rasa terharu kepada Allah, Tuhan yang Maha Mengasihani..Mengasihi..

Setidak-tidaknya airmata ini mampu menjadi penawar kepada hati..
Saya tahu..saya rasa...hati saya beritahu..

Dah lama..terlalu lama hati saya diam, enggan bersuara, bisu dan mati..
Dah lama..rentak saya hilang..tarian saya terhenti..
Dah lama...ilham tak mahu datang..
Dah lama...saya memencil diri dan mengunci hati saya dalam satu sudut yg paling jauh
Dah lama..saya bawa..sekeping hati saya lari dari segalanya..

Dan apabila..titisan airmata ini gugur dan menimpa hati satu persatu..
Segala kebekuan mencair satu persatu..
Kedinginan itu kian berlalu satu persatu...berganti kehangatan yang telah lama hilang..
Kehangatan perasaan itu kembali..

Ya..dia sudah pulang..

Ya Allah...terima kasih padaMu.

Lama saya menanti di pintu hati..
Sampaikan saya tak simpan apa-apa harapan lagi..
Sampaikan saya tak endah pada hati saya lagi..
Betul..lama..

Betul-betul tak sangka..

Allah bawa dia kepada saya semula.
Allah dengar doa saya.
Allah kasihankan saya.

Mungkin..tak banyak yang mengerti..
Sedalam mana kasih sayang yang Allah beri utk menghuni didalam hati agar saya curahkan padanya...

Saya harap sangat,
apa yang berlaku sekarang...akan berlaku lagi esok...dan terus berlaku sampai ke akhirnya.
Saya tak mintak banyak dalam hidup.
Cukuplah sekadar saya miliki seseorang yang mahu sama-sama susah senang..
dan dapat sama-sama berjalan menuju Ilahi..

Untuk apa dicari yang haram..yang halal itu kan ada.Sedangkan semua tahu, mencari halal itu adalah fardu..Kadang-kadang,nak mencari yang haram ni mudah...mudah sangat, malah seronok sangat. Sedangkan nak mengejar yang halal..sukar..terlalu sukar.Banyak sungguh dugaan.Ada hati yang enggan akur sampaikan terasa berputus asa...lalu, ingatan terhadap pn noraini datang..guru kesyg merangkap guru add math dan naqibah saya masa zmn-zmn sekolah dulu..dia kata, islam ni datang dalam keadaan dagang..dan akan pergi dalam keadaan dagang. Sesiapa yang betul-betul mengikut cara islam, memang org nampak pelik..memang org nampak aneh..jadi janggal..dan beigutu juga, apabila cuma melakukan kebaikan, banyak betul dugaan.Apa khabar agaknya cikgu sekarang. Khabarnya sudah berpindah ke mrsm lain. Walau dimana pun cikgu...semua ilmu yang diperturunkan tetap ada dalam hati...

Sedikit ilmu yg ada sbg bekal...juga sedikit pesanan, pusaka dari arwah ayah...dan secebis nasihat dari mak..segalanya saya simpan buat azimat. Ini dunia akhir zaman. Banyak yang berpura-pura..Dah banyak ragam yang saya jumpa...Ramai yang ringankan solat sebenarnya.
Kata-kata arwah ayah memang benar. Solat kalau tidak dirasai..sememangnya segala amalan dan kebajikan lain, tak mungkin mampu dapat menyentuh hati.

Saya sendiri pun banyak yang tak betul.

Harapnya..dgn sedikit azimat yang saya ada...
Dapatlah saya terus menjadi kuat..dalam menempuh hidup.
Dapat terus menyayangi suami yang tercinta...
Saya ingin menjadi bidadarinya disyurga... :)


...................................................


Liriknya sungguh manis..buat hati saya rindu pada dia yg tersyg..

:: Rossa :: Wanita Yang Kau Pilih ::

Malam selalu panjang
Di waktu aku merindukanmu
Kau bisa menjaga aku
Hingga diriku merasa teduh

Aku seperti kamu
Menginginkan dan memerlukanmu
Karena kita tak mampu
Untuk selalu pergi menjauh

Kau jadikan aku ini
Wanita yang kau pilih
Untuk jadi kekasihmu
Dan kau pun tlah aku minta
Setia sepertiku...hingga waktunya tiba

Aku percaya penuh
Kau kan buatku bahagia
Karna cinta tercipta
Datangnya dari dalam hatiku

Kau jadikan aku ini
Wanita yang kau pilih
Untuk jadi kekasihmu
Dan kau pun tlah aku minta
Setia sepertiku...hingga waktunya tiba



Marjina on 6:31 AM