Assalamualaikum.

Alhamdulillah.Saya kini berada dibumi matahari terbit ini kembali.Rasa bagai tak percaya, dua kaki ini akan menginjak pada bumi sakura yang penuh kenangan ini... Tapi, kenyataannya begitulah. Pun, kehadiran saya disini tak lama,cuma 2 minggu saja..Datang pun atas urusan kerja. dan bonus kedatangan saya kali ini, saya dapat access intenet dengan mudahnya +kelajuan yang maksima. Hehehe..

Tapi, hidup saya dah mcm zmn belajar dulu. Biasalah, dulu student...banyak masa free..

Hmm...

Sbnrnya saya ada taip entry blog saya dalam file words..tapi, klo saya postkan disini keseluruhannya...pasti akan menyakiti...atas dasar hati perempuan yang memahami hati perempuan..saya putuskan utk biarkan sebahagian kekal dalam word saja..dan sebahagiannya saya postkan..

Segalanya telah pun kami putuskan utk kami akhiri dan mulakan sesuatu yang baru.

Kali ini memang tak sama..sebabnya, hati saya mudah saja diam setelah segalanya reda. Klo dulu, pasti topik ini akan berentetan. Saya memang nak lepaskan semuanya..dan saya pasti, dia pun sama. Dah lama saya menderita..menanggung sakit atas sebab yang saya sendiri tak tahu mengapa...cukuplah meracuni hidup saya selama berbulan-bulan lamanya..
tolonglah..pergi. Saya sudah beri kemaafan..mahu apa lagi?

Aah..abaikan..

Hmm...

Semlm saya tinggalkan dirinya yang tercinta seorg diri..erm, tidak juga menyendiri kerana saya ada tinggalkan sesuatu yang amat istimewa untuk dirinya,sempena hari lahirnya. Mudah-mudahan pemberian saya mampu menjadikan jiwa lelakinya gagah dan perkasa melawan cerita hidup. Bukan mudah hendak menyelamatkan dirinya dari dirinya sendiri.. :)

Rindu...usah ditanya, sememangnya hati saya tertinggal diMalaysia bersamanya...rindu sangat
Allah saja yang tahu...di saat cinta kami bersemi..kejauhan pula datang menduga..Mudah-mudahan kekuatan sentiasa ada buat jiwanya dan jiwa saya.

Semlm..atas flight...saya terlelap sekejap saja.. Kemudian, saya terjaga jam 3 pagi. Aduhai bosannya..lagi 4 jam hendak tiba di Narita. Betis dan paha sudah lenguh. Lagu pula tak best.Cerita pula..entahlah..minatku hilang..Bagaikan menatap wayang gambar kosong. Minda dan hati saya sebenanarnya masih belum "boarding" pun lagi...Memang betul, terasa seakan tiada hati...

Saya renung luar tingkap..gelap. Namun, saya perasan..ada kerlipan bintang...
Bintang bertaburan di sebelah kapal terbang...Inilah pertama kali saya rasa jarak saya begitu dekat dengan bintang..seakan mampu disentuh dengan jari...Allah Maha Kaya..
Saya memang terleka merenung kerlipanya. Asyik dan mempersona..

Lantas ingatan saya terbang melayang pada dia..Apakah dia pun sedang memandang bintang yang sama? Apa yang sedang dibuatnya..sudah dia lihat pemberian saya? Gembira kah dia? Pastinya dia juga merindui saya..kerana hati saya begitu kuat membisikkan namanya.
Hmm..apa pun, semoga dia tenang dalam rindu yang dalam... :)

Ingatan saya kembali kepada saat-saat sebelum dia menghantar saya. Saya faham..dia cemburu..Dulu-dulu, masa zmn belum kapel...pernah dia tanyakan pada saya ..
"Saya layak utk cemburu tak?"..hehe..
Bila saya ingat tingkahnya semalam..saya senyum saja..

"tentulah sayang layak untuk cemburu...kerana sayang kan menyintai yuri"

Matanya sentiasa berbicara. kalau mahu tahu apa rahsia hatinya, fahami bahasa matanya...
dan matanya berkata tentang cinta utk isterinya..

Apa yang mampu saya buat, hanyalah mendoakan agar hatinya dibersihkan dan biarkan saki baki rasa yang baik-baik saja menyentuh hatinya yang lembut...

Rindu sangat pada dia, suamiku...Macam lambat aja 2 minggu ini nak berakhir.Rindu sgt padanya.Allah saja yang tahu..betapa..kami...

Tak mengapa..saya tetap yuri yang sama..dan dia adalah bb yg sama..

"basuhlah rindumu dengan doa"


Mudah-mudahan..dia mampu tidur..walau pun tak lena, tapi saya harap dia tahu..dia perlu jaga dirinya utk saya dan saya juga sedang menjaga diri untuknya...Harapnya, dia semakin kurang merokok..

Ya Allah, tiupkanlah dihati kami ketabahan. Amin.


Saya perlu tidur. Esok perjuangan saya bermula...perjuangan agar operator-operator dan supervisor akan ada OT agar dapat mereka menampung kos hidup yang semakin naik.


Selamat malam.

-------------------------------------------------------------------------





271107

Lama jugak saya tak jenguk ‘rumah’ saya ni. Dah bersawang pun. Bukannya tak mahu jenguk..tp, sebetulnya saya tak punya masa dan peluang.

Ingatan saya begitu kuat untuk menyantap tulisan-tulisan kawan di dunia blogger..rindukan ayat-ayat zuril..rindukan cerita awan…apa khabar faeizah skrg..dan ramai lagi kwn2 blogger yg saya kira banyak memberi saya inspirasi..

Lalu, ingatan saya juga tak pernah surut untuk arwah Ghazalie atau pun kita semua lebih mengenalinya sebagai Ghaz. Al-Fatihah utk arwah..

Buat yang berpeluang mengenali Ghaz, saya kira itu adalah satu fasa masa yang menemukan kita dengan satu jalan mengenai kehidupan..Buat yang tak pernah mengenali arwah Ghaz, biar saya ceritakan sedikit dan ringkas mengenai arwah Ghaz..

Seperti saya mengenali zuril dan awan putih…Ghaz juga adalah blogger seperti kami. Arwah sebenanrya sedang menderita penyakit kronik yang datang dari kesilapan masa silamnya. Perjalanan hidupnya untuk mencari cinta tidak semudah yang disangka. Tidak juga seindah kisah ‘fairy tales’ tapi saya kira cukup untuk memberikan kenangn paling manis dalam kehidupannya dan tunangnya, Sha.Walaupun pertuturan diantara mereka berdua hanya berlangsung menggunakan bahasa isyarat tangan, namun cinta dihati mereka tak pernah pudar. Pernah juga arwah tunjukkan pada saya gambar2 Sha. Orangnya memang manis…sekali pandang macam Eja, dua kali pandang lebih manis dari Siti Nurhaliza..3 kali pandang..aah mmg Ghaz seorg yg bertuah memiliki gadis secantik Sha. Beberapa bulan sebelum tarikh akad berlangsung, arwah pergi meninggalkan kita semua…meninggalkan pelamin yang belum siap..baju pengantin yang belum dipakai..Dan waktu itu, hati saya terigtkan Sha..Mudah-mudahan tuhan berikan kekuatan buat Sha…Saya kira sudah hampir 2 tahun lebih arwah pergi…tapi dalam waktu perkenalan yang singkat antara saya dan arwah, banyak meninggalkan saya sesuatu yang buat saya berfikir untuk saki baki kehidupan yang masih ada untuk saya…menjadikan saya manusia yang bersyukur..menjadikan hati saya mahu berfikir lebih jauh dalam memikirkan soal masa akan datang. Sebetulnya kehidupan bukanlah taman permainan untuk bergembira..Istilah bahagia tidaklah bermakna memiliki apa yang kita ingin, tetapi sebetulnya bahagia adalah menghargai apa yang kita miliki. Kerana tak semestinya apa yang kita ingini itu adalah yang paling baik untuk diri kita…


Hmm…
Banyak yang saya perlu fikir…kerana ianya melibatkan banyak perkara..banyak hati..banyak pihak..dan akhirnya, saya kembali merujuk kepada tujuan dan niat. Disitu saya lihat sesuatu yang saya kira cukup kuat utk saya jadikan tunjang kepada satu keputusan. Lalu, untuk kali terakhir…saya putuskan supaya ianya jadi begitu..kerana niat dan cinta saya tidak terlalu mudah dan murah. Kadangkala, saya fikir…agaknya inin tujuan Allah berikan saya hati yang begini besar..

Arwah ayah…
Dia yang byk ajarkan saya erti kasih sayang. Kalau nak lihat…arwah memang garang..bekeng! cenge! Arwah cukup tak suka kalau saya menangis2…tak kan di pujuknya, malah ditambahnya…Hehehe..Masa zaman saya kecik2 dulu, saya memang suka duduk atas riba ayah..tapi, bila besar..saya dan ayah jadi mcm tak serapat dulu…saya tak pernah tidur atas ribanya atau pun..manja2 dengannya.. Akan tetapi, apa yang arwah ayah saya ajarkan..kasih sayang bukanlah sekadar manja dan tidur diatas riba..tetapi, arwah mengajar saya berfikir..menghargai itu adalah menyayangi…dan untuk menghargai sesuatu…kita mesti matang..bknnya menjadi keanak-anakan dengan berfikir marah itu benci.Alhamdulillah…saya dikurniakan seorang ayah yang begitu. Meskipun dia tak sempat melihat kejayaan saya..namun saya kira, dia yang sentiasa ada dalam diri saya pasti akan gembira dengan keputusan yang saya buat. Arwah ayah tak pernah ajarkan saya supaya menyerah walaupun adakala saya memang ingin mengalah.

Mak…
Mak adalah perempuan paling tabah dalam kehidupan saya. Siapa yang boleh tahan dengan sikap arwah ayah yang begitu baran jika tidak mak. Saya juga tidaklah semanja mana dengan mak seperti lazimnya orang lain. Saya dengan mak, biasa-biasa saja. Tapi, saya selalu korek telinga mak…selalu kerat kuku mak…Mak memang perempuan tabah, melihat pengorbanan dan kekuatannya dalam mengharungi kehidupan bersama arwah ayah..saya jadi kagum. Sebabnya kami bukanlah orang senang…memang orang susah…memang boleh sgt masuk rancangan ‘bersamamu’…tapi itu dulu.Dan dengan satu keputusan yang saya buat ini, saya dapat rasakan mak tentu akan mengiringinya dengan doa..

Aah..mak memang sentiasa doakan saya..dan saya kira, arwah ayah dahulu pun tentu telah meminta sesutua dariNya utk saya. Lalu, berkat doa mereka berdua..saya sentiasa dilindungi…



Hmm..
Telah jauh saya berjalan..telah DIA hantarkan saya sehingga melihat matahari terbit, telah ditemukan dengan cerita-cerita kehidupan..dan buat seorang manusia yang Allah berikan akal..saya ingin berfikir dan belajar..Saya memang dah biasa “stand alone” pun..
Sunyi?hehehehe…4 tahun dibumi sakura..mkn sendiri, tgk tv sendiri, ketawa sendiri, menangis sendiri…boleh dikatakan…20% daripd kehidupan disana saya ada jugak join kwn2..selebihnya..saya tinggal sendiri..Saya memang dah tak kisah stand alone. Im not manja or mengada-ngada. I can be independence…

Namun, untuk satu cinta..saya luruhkan kaki saya untuk saya bergantung pada seorang lelaki..Kerana hanya dia, mampu buat saya rasa menjadi seorang perempuan..

Dan untuk satu keputusan…
Saya memilih untuk terus menyayangi dan menyintainya dengan niat yang sama seperti dulu-dulu.Lalu, utk satu cinta dan kasih sayang..saya mahu bawa dia bersama saya kembali menuju arah yang satu…

Mungkinkah keajaiban akan berlaku? Mudah-mudahan Allah makbulkan pinta hati saya untuknya…yang tersayang.


Oct 2005..
Saya buat istikarah…
dalam mimpi, saya dan dia bersama dalam satu keretapi..entah kemana…



“Hidup Mesti Tabah”
Kata-kata ini pernah tertera dalam blog awan.
Aahh…awan…tiga perkataan kamu ini benar-benar memberi kesan pada hati aku. Thanks!


Marjina on 9:50 PM