Asalamualaikum.
Alhamdulillah..menatari kian bersinar utk kami berdua. Sebenarnya Allah tidak menduga saya dengan kesedihan semalam utk sesuatu yang sia-sia. Sebaliknya..Allah mahu beritahu saya tentang tutur bicara hatinya tentang saya. Dan sejuta kesyukuran saya panjatkan buatNya, kerana bisikan hatinya yang singgah dihati saya menyatakan sesuatu yang mampu buat jiwa saya teduh...Alhamdulillah...
Dahulu...perasaan begini saya simpan utk dia sebagai seorg lelaki yang saya sayangi.
Namun kini...perasan saya adalah untuk dia sebagai seorang lelaki yang saya sayangi dan kasih sayang ini telah pun DIA restui lantaran..dia adalah suami saya.
Mekar yang berkembang lebih harum kerana disitu ada redha Ilahi.
syukur sangat.
Semoga kasih berpanjangan...
Pertemuan yang bakal berlangsung lagi 4 hari mengundang debaran yang hebat didalam dada. Macam first date aja..
:)
Semoga segalanya dipermudahkan dan dimakbulkan olehNya.
Sayang,
Umpama bintang...
setitik cahayanya mampu menghiburkan malam yang dikurung kegelapan bersama desir angin dingin...
sebutir kerlipannya mampu menunjuk arah disaat jiwa kita kontang dan tandus dalam kesesatan...
Begitu jugalah kasih sayang ini...
yang telah pun dikhaskan buat dirimu dan diriku yang berkongsi hati untuk menikmatinya bersama..
Semoga Allah sentiasa menyirami cantuman dua hati ini dengan keberkatanMu.
Marjina on 7:20 PM