[Kenangan...]
Kadangkala, ceburu juga bila saya lihat ada yang enak di buai kenangan..Sedangkan saya, bagaikan satu penyakit allergic yang menimpa hati bila cerita lama menjelma kembali.
Kadangkala, susah nak terima kenyataan...tapi, apa nak buat..kenangan adalah sejarah...sejarah adalah takdir masa lalu.. yang memang tak ada apa/siapa pun yang mampu mengubahnya..melainkan menerimanya dengan hati yang redha~
Hmm...
Selagi tidak menerima, selagi itulah kesakitan akan dirasa...
Kadangkala,
saya rasa saya percaya bahawa sesuatu keadaan itu baik-baik saja..
namun, hakikatnya saya tak sedar... apa yang saya percaya itu bukanlah kepercayaan, tapi sebaliknya satu keinginan...Keinginan dari hati yang mahukan sesuatu keadaan itu baik-baik saja, sedangkan realiti....? sememang jauh dari apa yang disangka.
Adakala, saya mahukan peluang kedua...
Peluang kedua untuk memilih dan menjadi lebih realistik..
Saya mahu tapak kaki saya rasai tanah tempat kaki berpijak...
Saya bukan menyalah sesiapa mahupun apa saja yang menjadi punca saya begini.
Cuma..saya mahu nyatakan, rentetan demi rentetan cetusan peristiwa itu telah pun bergabung menjadi satu titik peralihan yang kini menjadi landasan saya...
Sungguh..
Ianya sama, serupa...sungguh-sungguh serupa..cara yang tak banyak bezanya..
Cuma, saya saja yang memilih utk terus menurutinya meskipun kelak, penghujungnya nanti adalah jurang dalam yang pastinya menelan dan saya akan terus lenyap selamanya.
Adakala, hati saya mcm marah...rasa mahu saja saya jeritkan semuanya..biar semua tahu dalangnya, semua kenal Ki Dalangnya...tahu autanya...Tapi saya tetap bertahan...memujuk hati..
Namun, bila waktu berganti,'kegilaan' saya datang lagi....paling tak mampu, terkuak jua sedikit pintu kemarahan...Tapi, sudahnya...tak ada perubahan.
Kelmarin..hari ini dan semalam...adalah serupa saja. Dan esok..entahlah, memang tak ada apa perubahan ke arah kebaikan...
Entahlah~
Saya malas nak buat kerja!
Marjina on 12:10 PM