Hari ini, hati aku tak rasa tenang.

Macam-macam bermain di minda. Banyak berlegar dikotak fikiran.

Deria keenamku mula menutur bicara..

dan aku mula terasa bingit dengan patah kata yang terluah.

Setiap baris huruf yang tertera di kaca mataku akan dicerna oleh hati, lalu dinilai oleh deria keenamku menerbitkan rasa-rasa yang melemaskan seluruh jiwa dan minda.

Ada sesiapa mahu naluri ku?

Ianya tajam dan sensitif. Keberkesanannya ku jamin.

Aku ingin jual.

Murah saja. Aku rela beri dengan percuma.

Ada sesiapa mahu?



Marjina on 4:37 PM