Back to office.
Alhamdulillah.Best balik kampung.
Mkn durian, manggis, rambutan.
[1] Seronok balik kampung. Syukur, kerana keluarga mertua baik. Mujurlah saya faham juga bahasa daerah tu sikit2 sbb ibu saya asalnya dari kawasan tu juga. Seronok sebab terasa rupanya, saya ada keluarga yang besar.. meriah...cuma, sebetulnya saya lebih senang memerhati, berbanding untuk menyertai~
[2]Radio era.
Malam-malam kan ada slot 'apa kes' yg nana dgn jemi...ntahlah, saya tak berapa suka rancangan mcm tu.Spt mana saya xberapa setuju dgn tindakan Ina Mawi yang mewar-warkan kisah putus cinta/2nang kepada semua orang...saya pun turut tak berapa suka dgn rancangan mcm tu. Entahlah, bg saya...perkara mcm ni bukannya isu yang boleh dijadikan satu cerita hangat. 1 malaya boleh tahu kisah cinta luka tu...tak tau lah. Tak berkenan sangat. Tengku Zawiyah, janda datuk K tu... xde lak nak kecoh2..maybe dlm paper tabloid ada laa kut.. tp, xde smpi nk wat siaran tv/radio... Entahlah...Kita masih punya harga...Dlm blog pun, ada juga laa yg dok cerita kisah cinta luka..tp, bg saya tu ok lagi...sbb blog tu, mgkn certain2 org..xtaupun...pembacanya xsebyk pendengar radio no 1 malaysia tu...
Klo di buat rancangan kisah cinta sweet2..manis2...kan best jugak nk dgr..Kita yg jd pendengar ni pun , leh tumpang senyum...tmpg bahagia dan gembira...bknnya tumpang nak maki laki tu atau pun tumpang melihat kekantoian org lain.
[3]Fotopages.
Entah bila saya akan pandai amik pic..saya teringin nak amik pic mcm nettbiru ni..
[4]Mak saya sihat.Alhamdulillah. Cuma, baru-baru ni leterannya makin berjela-jela. Bukan kerana dia seorang yang kuat berleter. Mak pendiam orangnya. Just...bila dia semakin hari bukan seperti dia yang dulu...entahlah.. sayu hati saya melihatnya...
Mak..
dalam diam, hati saya tersentuh..
melihat renungan mata mu yang terlukis seraut wajah ayah yang telah lama pergi..
Mak..
Kerinduan tak pernah lenyap hatta setitik pun dari hatimu..
Bayangan ayah tak pernah pudar dari benakmu...
Senyuman ayah tak pernah luntur dari hatimu..
Cinta mak pada ayah..
Melangkaui langit melepasi angkasa..
Namun,
Ayah tetap disana..
Bersemadi di dalam sanubari mak disini..
dalam diam, hati saya tersentuh..
melihat renungan mata mu yang terlukis seraut wajah ayah yang telah lama pergi..
Mak..
Kerinduan tak pernah lenyap hatta setitik pun dari hatimu..
Bayangan ayah tak pernah pudar dari benakmu...
Senyuman ayah tak pernah luntur dari hatimu..
Cinta mak pada ayah..
Melangkaui langit melepasi angkasa..
Namun,
Ayah tetap disana..
Bersemadi di dalam sanubari mak disini..
kadangkala, hanya dengan setitis embun yang menitis dari hati yang tulus...kita sudah mampu untuk mengukir segaris senyum. Adakalanya, aku tertanya sendiri..bisakah setitis embun itu mampu memadamkan bara amarah lalu...
Aku,
Terlalu ingin untuk menikmati kembali ayat indah seperti waktu itu. Rancak menutur kata menitip patah menyusun rangkap puisi. Biarkan segala yang terindah dari hati teradun dalam susunan huruf-huruf yang indah. Sehingga yang membaca..turut merasai nikmatnya hati...
Sungguh.. keinginanku ingin mahu seperti waktu itu...
Aku mahu hidup...kembali...seperti..dulu-dulu.
Marjina on 12:42 PM