Rata-rata manusia berbicara soal cinta, hati dan perasaan. Sedangkan berapa sangat yang faham dan hargai akan kewujudanya. Banyak yg saya jumpa, ada yang memahami tapi tatacaranya tidak pula menghargai sebaliknya mempergunakan kehalusan ciptaan tuhan ini untuk mengindahkan kehidupan sendiri.

Kalau diberi peluang untuk memilih menjadi lelaki atau wanita, pastinya saya akan memilih utk jadi lelaki.. kerana dipenghujung zaman begini, perempuan tidak lagi untuk disayangi, dihargai..dimanja atau pun di pimpin. Perempuan adalah insan yang sentiasa digunakan pakai untuk merebut peluang bagi kebaikan diri sendiri..oleh lelaki mahupun oleh kaum perempuan tu sendiri.

Sungguh, keikhlasan dan ketulusan semakin samar dalam hidup di dunia akhir zaman ini. Berapa kerat sangat yang mengerti dan memahami tentang tulus dan ikhlas. Tapi saya jamin, ramai yang mampu berbicara tentang soal ikhlas dan tulus ini mengalahkan pakar kaunseling profesional..sedangkan implimentasinya amatlah seco'et.

"Hidup..tak boleh lurus sangat. Nanti diri sendiri yang terkena. Pandai mkn, pandai la simpan..."

Maka, dimana letaknya ikhlas dan tulus bila kejujuran itu tak pernah terwujudkan.

Saya berbicara soal cinta dan hati bukan sekadar fokus pada perhubungan perasaan ant lelaki dan perempuan. Tetapi lebih menyeluruh meliputi perihal kehidupan dimana didalamnya ada sesuatu yang lebih berharga, iaitu kita sebagai hamba Nya.


Kalau setakat nak layangkan pada saya, "ayat-ayat power" mengulit hati... saya hanya akan senyum dan terima/dengar. Tapi tak mudah saya nak terima, telan dan seterusnya cernakan ia menjadi makanan hati...kerana kepercayaan saya tak semudah menanam ubi kayu, hanya pacakkan sebatang kayu dan biarkan ianya disitu.



Hidup.. adalah guru untuk saya belajar tentang hidup.


Saya pernah bertatih, berjalan ..berlari, kemudian tersungkur, bertatih dan jatuh jatuh jatuh. Sehingga ada luka yang berkali-kali berdarah hingga akhirnya serik untuk sembuh...


Lalu, apa yang saya lalui.. sedikit demi sedikit menjadi darah daging yang membentuk sesuatu yang saya panggil sebagai "saya".



mungkin, lambat laun kau akan sedar..bahawasanya, pemikiran kita serupa. Aku.. sudah lama tahu tentang ini, cuma aku sekali-kali tidak pernah menyatakan secara terus bahawa corak perjalanan pemikiran kita tak banyak beza. Barangkali, apabila kau semakin menyedari bahawa jalan mindaku dan jalan mindamu sebenarnya hampir mirip.. aku harap kau tahu, bahawa setiap gerakkan buah caturmu telah pun sedia aku ketahui. Cuma bezanya, dalam diam aku melihat dan menilai setiap kata dan tingkah yang terpamer. Dan jika saat itu tertakdir terwujudkan untuk kita, sedarlah... bahawa setiap helahmu telah lama terbentang dihadapanku. dan aku sangat berharap..waktu itu...kau akan MALU PD LIDAHMU...


Marjina on 12:47 PM