Dia berada diatas..dan aku perlu mendongak untuk memandangnya. Tidak perlu mendongak terlalu tinggi, mendongak sedikit saja sudah cukup memadai kerana kedudukannya tidaklah terlalu tinggi.
Tapi..
Angkuhnya melampaui kedudukannya.
Aku terpaksa mendongak lebih lagi memandangnya untuk menyampaikan apa yang diarahkan oleh orang yang lebih tinggi kedudukannya daripada dia. Dan sewaktu aku mendongak, aku tidak melihatnya hanyalah.. keangkuhannya.
Mungkin, kerana aku hanya gred paling rendah.. lantas dengan mudah dia mempersoalkan kenapa dan mengapa sedangkan jawapan pertanyaan itu milik orang gred jauh lebih tinggi darinya. Aku pasti, bila dia dan orang yang gred lebih tinggi itu bersama, tentu saja dia akan menunduk jauh ke dalam bumi dan tanpa banyak soal melakukan apa yang diperintahkan.
Aah.. manusia!
Mudah lupa diri.
Bongkak. Takbur. Angkuh.
Tuhan. jauhi daku.
Marjina on 3:23 PM