Hari ini, ditimbus dek kerja yang menimbun.
[1]
Kalau ada rezeki, saya nak smbg belajar. At least, saya ada sesuatu untuk diri saya. Kalau sy terus kerja disini, apa yg saya dapat? Pengalaman pun tak seberapa untuk saya jadikan bekal masa hadapan. Namun, mcm2 perkara yang perlu saya pertimbangkan sblm saya betul2 amibil keputusan. Dah tu, lepas buat decision, dapat atau tidak tempatnya belum pasti lagi.
Hmm.. fikir dan fikir.
[2]
Telah saya katakan, saya tak mampu nak menulis. Tak mampu! Tak mampu!
Hati saya tak boleh merasa, tak boleh menikmati, tak mampu merasai.
Ia mati. Mati!mati!
Kaku!Kaku!
[3]
Betul faeizah, kita berhak bahagia. Saya ingin bahagia.
Saya ingin buang ketakutan ini. Saya ingin kembali seperti dulu.
Tapi.. saya tak mampu nak ubati hati saya sendiri.
[4]
Lagi-lagi kes org ketiga.
Saya yang baca je ni pun rasa nak naik marah. Itu lah.. manusia sekarang. baik laki, baik ppuan.
Semua pakai main rembat je. Dia suami/isteri org ataupun diri sendiri isteri/suami org bukan lagi penghalang. Then, keluarlah ayat-ayat "tak mengerti ttg hati, hanya Allah yang faham hati ini"..."hanya sekadar teman untuk mencari kekuatan dalam dunia fana"..Poorah! budak kecik boleh le dipermainkan-mainkan. Kalau dah tua bangka, umur pun dah ada angka dua lekuk berkembar.. tak kan tak reti nk jd manusia matang lg. Pilihan sentiasa ada. U choose to be like that...so, why blame the takdir/hati? Tapi, malangnya, pilihan yg dibuat tu aadlah demi kepentingan diri sendiri dan menyusahkan org lain...
Semoga dia tabah dan sabar.
Aah.. Tuhan kan ada.
Kalo suka sangat nak berbelit kata, dan menjadikan perasaan sebagai bola yang disepak ke kiri dan ke kanan. Tak mengapa. Kita jumpa di hari perhitungan dan tengok, siapa yang benar!
Allah Maha Adil. Mahu Tahu. Maha Kuasa.
nantikan!
Marjina on 12:46 PM