Weekend baru ni saya beli buku baru masa temani adik ipar saya cari buku rujukan dia.
Tajuk, Kekasih Sam Bo Po dan Salehudin Al- Ayubi.
Dah tak terliur dah nk baca novel cinta.
Entah.
Dah tua kut. heh.
Bila saya baca buku mcm tu, hati saya seolah-olah sedang 'makan' sesuatu.
Mungkin, saya dah malas nak baca stuff yang jenis membelai jiwa, hati dan perasaan.
Dah tak larat dah nak biar jiwa dibelai, diusap, disentuh dengan kata-kata syahdu penuh madah.
Dah jemu dah diulit keasyikan yang sementara...
Maybe sbb dah kahwen kut, cukuplah saya layan jiwang dgn dia sorg je. :)
Skrg ni, mcm ada mood sikit nak menulis cerpen.
Saya mmg tgh menulis sesuatu tapi...mmg kelemaahan saya, saya xreti nk menulis secara constant..
Blog ini ajalah medium untuk saya bermain dengan perasaan saya sendiri, untuk mencari mood menulis...Marjina ni xmcm dewi airain...xsama dgn airin...klo kenal airin atau dewi airain, mmg xde nye tulis mcm ni.
Itu...dulu. Waktu tu lain.
Sekarang lain :)
Angin pantas mencorak awan...namun aku tak mampu menandingi angin melukis bentuk untuk hati aku.
Seribu tahun air mengukir batu.. namun aku tak tahu berapa hari yang aku ada untuk aku melakar wajah hati ku.
Sedangkan aku.. tak mahu terlewat dalam memutuskan sesuatu.
Hidup adakalanya sukar, kadangkala menuntut pengorbanan batiniah dan rohaniah untuk menggapai apa yang diidam. Namun hidup seringkali mendesak hati untuk akur dengan perjalanan takdir. Hati yang terdesak untuk menerima, bolehkah dianggup hati yang mensyukuri. Tuhan, aku seringkali hanyut dalam dunia!
"Mak, saya tak pasti saya boleh terima dia atau tidak"
"Aina, ini wasiat arwah Mak Long nak",
"Mak, kenapa mak nak sangat ikut wasiat arwah mak long yang tak pernah pedulikan kita? Masa ayah tiada, dia langsung tak jenguk kita. Masa mak bertungkus lumus cari duit untuk sekolah kan kami, dia selalu datang berlagak sombong dengan barang kemas separas sikunya pada mak. Dia selalu cakap, arwah ayah orang miskin..masa hidup tak mampu menyenangkan, dah mati makin menyusahkan. Sekarang dia dah mati..kenapa mak nak ikut wasiat dia?", bergetar suara Aina melepaskan rasa hatinya kepada ibunya.Airmatanya berjuraian tanpa dipinta jatuh berjujuran menitis dihujung dagu. Hatinya telah lama berdarah dengan sikap arwah Mak Long.
Panggg!!!!!!
Aina terpana. Pipinya terasa pedih, dan hatinya bagaikan jatuh terlerai saat tangan ibunya yang dulu seringkali mengusap lembut rambutnya ketika menghantarnya ke alam mimpi kini menerjah pipinya dengan penuh amarah dan kesakitan.
Mak Ngah terkedu. Hatinya tercabar dengan kelancangan kata-kata anak perempuannya sendiri. Tangan kananya terasa pedih. Sesaat kemudian, naluri ibunya dibaluti keresahan.Bersalah.Dia terus saja berdiri disitu ketika Aina berlari keluar rumah. Mak Ngah terduduk diatas kusyen sambil mengurut-ngurut dadanya.
Astaghfirullah.Tuhanku, maafkan hambaMu.Aina....Hati Mak Ngah mulai merintih. Kepedihan kian terasa menyucuk-nyucuk hatinya bagaikan selumbar bisa.Maafkan mak, sayang...
Marjina on 12:40 PM