Semalam, semasa saya sedang bersiap-siap ke tempat kerja..
"yuri, abg mimpi kita dapat baby lelaki"
Saya hanya tersenyum memandangnya yang masih dibaluti selimut.
Dan semalam, saya mintakan dia menceritakan tentang mimpinya kepada saya.
Katanya...
"abg mimpi yuri bersalin, semua family abg ada...anak2 sedara abg pun ada..semua ckp nak tgk anak pak ara(panggilan anak saudara)..Abg bawak baby dalam pangkuan, lepas tu abg ckp nama dia Mohd Amirul Amin"
Saya senyum.
Airmukanya ketika bercerita tentang mimpinya melekat dalam minda saya.
Air mukanya, penuh ceria..penuh gembira..dan disitu saya nampak harapannya.
Mohd Amirul Amin... :)
Saya pula.. sampai sekarang masih tiada apa-apa perubahan.
Masih belum rezeki.
Namun, terkenangkan air muka nya semlm..buat hati saya turut mengharap..
dan dalam diam menitipkan doa..
Semoga DIA perkenankan..
Mohd Amirul Amin untuk kami berdua.
Marjina on 12:40 PM