Rentetan cerita 8 maut di Tol Hutan Kampung, Alor Setar dan 4 beranak maut di Sabah.

4 beranak yang maut di sabah tu adalah saudara kepada kenalan saya.


Ingatan saya melayang pada arwah kakak ipar saya, yang pergi 7 tahun lalu akibat kemalangan jalanraya yang melibatkan motosikal yang diboncengnya dan sebuah lori kontena.

Kehilangan. Hanya yang pernah rasa kehilangan sahaja yang tahu bagaimana perasaan bila kehilangan.

Putus cinta pun kehilangan, putus kawan pun kehilangan..

Namun, perpisahan dari alam hidup adalah satu kehilangan yang....

Melihatkan 2 kejadian ini, perasaan yang saya lalui 7 tahun lalu kembali menjelma.

Al-fatihah...
Semoga ruh mereka yang pergi akan ditempatkan dikalangan orang-orang yang bertakwa.

Amin.


Marjina on 12:38 PM