Aku bersyukur, kerana aku telah dianugerahkan seorg pemimpin seperti arwah ayah.Dan aku gembira, aku dilahirkan dari rahim seorg perempuan seperti ibuku.Sungguh, sekangkang kera tanah pun kami tak punya.Apatahlah lagi wang ringgit.Rupa pun tidak seberapa.Tapi ayah dan ibu...itulah harta yang aku kira paling bernilai dalam hidup aku.

Kami..org miskin.Sungguh...kami memang miskin.Betul.Arwah ayah tak ada apa pun harta.Bila dia tak ada, kami adik beradik tak ada pun nak berkira pusaka.Mak memang tak punya harta yang banyak melainkan kami 8 beradik ini sajalah.

Tapi..
Ayah selalu katakan...ilmu itu paling utama.Ilmu itu adalah harta.Dan ilmu sajalah satu-satunya harta yang dia berikan kepada kami semua.Mak selalu kata....jangan menyusahkan orang..jangan lupa pesanan ayah.

:)

Tapi aku,
Aku manusia.Aku pelupa.
Baru-baru ni aku tanya suamiku.Kenapa sunyi mamu melemahkan manusia?Kenapa manusia mesti berubah bila hatinya sunyi?
Jawabnya,
Memang fitrah manusia tidak boleh sunyi.(sebenarnya banyak yang dia huraikan.Aku cuma tulis apa yang menarik perhatian aku)


Sunyi.


Aku sekarang dan dulu, bagaikan langit dan bumi bezanya.

Hmm..dulu, sblm aku ke bumi sakura.Aku dpt rasakan aku kuat.
Ibarat...aku bawa 10 tongkat kekuatan utk menampung dugaan disana.
Belum pun genap 1 thn, 10 tongkat yang aku punya itu...semuaaaanyaa PATAH!
patah kerana aku....KOSONG dan SUNYI!

masa tu...aku mula rasa..hanyut..
aku tak dapat nak defense diri aku.
pendinding aku berlubang.
Lalu sunyi dan kekosongan itu pun bertandang..
Bagaikan kegelapan yang menyuramkan cahaya..
Dan..kekosongan yang menghalau segala isi ilmu yang ada dalam hati.
Akhirnya..sedikit demi sedikit..aku lupa.
Lupa pada ingatan ayah.Lupa pada pesan ibu.Lupa pada azam diri.
Lupa pada janji.
Aku kian hanyut.

Ahh...kosong...sepi...
Satu masa...hati aku disentuh kecewaa.Aah..kisah cinta lama.
Masa tu..aku tergapai-gapai...tercari-cari dimana untuk berpaut.
Aku sudah nyawa-nyawa ikan...

Bermula dari situ...aku mula menulis blog sebagai satu cara untuk control emosi aku sendiri.
Sungguh...Masa tu aku rindu sangat pada arwah ayah..terlalu teramat aku mahu dengar kata-kata darinya yang begitu ajaib menyerapkan azimat dalam hati.
Masa tu juga...aku terigt kata-kata pesananku kepada rakan-rakanku..
dan bila tiba masanya, kata-kata begitu langsung tidak mampu aku gunapakai utk pujuk hatiku.
Sayu...sayu bila aku diwaktu itu melihat diriku yang silam.Terasa betapa lemahnya aku berbanding diriku diwaktu silam.Terlalu lemah...

Aku ingin bangkit semula.Dalam kepayahan...aku bertemu dia.Dia yang kini jadi suamiku.
Bertemu dalam keadaan...tidak diduga.Bertemu dalam keadaan dia yang begitu megah dengan bendera keegoannya.Heh...

Aku pernah katakan pdnya..."ani letih dipaut, ani nak berpaut"

Tapi...mana dpt disangka, bukan setakat berpaut...malah kena ikat dah pun.Haha!

Hmm...

Aku..pernah bangkit dari sunyi.Ianya bukan mudah.
Tapi aku...sunyi itu tak mengapa lagi, selagi hidup masih ada sesuatu yang perlu dilindungi contohnya keluarga, kawan, saudara, kerja, bayar hutang...
Tapi..sekiranya sunyi dan waktu tu....kita tak ada siapa,pakwe,kawan,suami, dan keluarga yang jauh...segala-galanya sendiri...Hmm..sungguh...carilah ubat cepat2...sebelum terlambat.


Sabar...bukan mudah nak bangkit.Kena back to basic.Aku tahu...suami aku pun selalu nasihat kwn2nya begitu sbb dia pun nasihat aku mcm tu dulu.Hehe..Aku diam saja.Back to the basic.Aku pernah laluinya sendiri.Kembali kepada siapa aku..untuk apa aku hidup..Cuma satu nasihat dia yang memang aku pegang kuat...."Tahu apa yang dicari..."...

sekarang,
Ada lagi persoalan dlm diri.Tentang perkongsian...kekosongan...ruang hati..
Apa beza kewajipan/tanggungjawab berbanding keinginan sendiri...
Kenapa ada...yang sudah pun dimiiliki tapi masih punya ruang utk diisi oleh satu hati yang lain?
Aku jadi pelik...
Memang kita sendiri pun tak faham tentang hati sendiri.
Tapi..kita ada pilihan...
Kenapa ada manusia yang seringkali membuat pilihan menuruti hati sendiri yang tidak difahami?
Apa itu janji?

:)

Dan aku akan cari...jawapannya.
Kenapa manusia seringkali


Marjina on 12:37 PM