Senyuman saya tempoh hari, mungkin terlalu manis hingga tidak ternampak ada retak dihujung senyuman itu..Mungkin, saya terlalu baik hingga tak sedar ada kedinginan tersulam dalam setiap tindak tanduk...Dan bila, kata-kata itu terlahir dan membawa maksud "tidak tahu"..saya tersedar sendiri, rupanya rajuk dihati hanya saya yang 'syok sendiri" melayan laranya.Hmm...

Dan sekarang,
saya sedang berfikir..apakah senyuman dan tindakan baik saya bermula dari saat itu dan seterusnya akan dilihat dan dinilai dengan penuh prejudis?Ditafsirkan sebagai sesuatu yang berselindung disebalik yang tersirat memudarkan putihnya keikhlasan?

Serba salah.
Meluah kerana jujur; kerana saya sangka, ianya telah pun diketahui (aah..paling tidak pun, mampu dirasai oleh naluri),tapi yang terluah jadi racun memadamkan semua yang tulus...kerana ia tidak pernah tahu.


Terkdg, saya jd terlalu marah pd org itu.Saya rasa nk marah2 dia.Saya benci sangat.Sangat.

Kemudian, hati saya menangis...menangis dan menangis. Kenapa?
Kerana saya tahu, dia yang tak pernah menutup pintu utk org itu dan menyuruh nya usah kembali.

Dan sbb itulah saya menangis.

Saya benci.Setiap kali saya meluah rasa ini...sudahnya "awak yg memilih utk sedih"...
Saya benci jawapan tu.Benci sangat.

Kdg2 saya mempersoalkan kenapa saya perlu wujud kalau hati saya sakit mcm ni.

Hidup mesti tabah.


"Andai ditakdir, rentaknya tidak berubah dan masih sama....Tuhan, jemputlah aku kepadaMU"


Marjina on 12:40 PM