Sila klik sini untuk undangan perkahwinan dari saya.


.............................................................


Dia ckp saya dgn perkataan tu.
Saya tahu..saya faham...dia sedang dilanda stress.Tension.Byk bebanan dlm minda.

Saya memang faham...kerana Alhamdulillah, tuhan berikan saya akal yang cukup molek untuk berfikir sebab dan punca.Maka...saya memang boleh memahami kerana akal saya mampu memahami.

Tapi hati...hati saya tak faham.

Bila keluar saja butir bicara tu dari dia,setitis airmata segera luruh menjunam.
Cepat-cepat saya seka.Takut rakan sama opis nampak.Nnt byk pula tanya, saya tak suka.

Cepat-cepat saya lari ke toilet.Mengurung diri.Mujur dah rehat.Berlama pun xmengapa.Toilet kat opis cantik,dapat tgk view.Saya selak tingkap,tgk view diluar.Tapi pandangan saya kabur,airmata saya kian laju turun.Hati saya terguris.Tersentak.Terlalu terkejut.Tak sangka.
Hati saya terasa dengan sejuta kelukaan.

Saya tahu hati saya tak faham.Saya tahu akal saya faham.

Diri saya jd serabut.Tapi saya harap saya boleh diam.Sebab saya tak mau tambah beban dia.Walaupun sbnrnya saya tak larat nk simpan apa yang sedia ada dlm hati saya.

Malam ni saya balik kg.Nak settlekan apa yg patut.Saya fikir,mlm ni saya nk berkongsi sesuatu.

Tapi hati saya jd tawar. Hati saya jd diam. Untuk apa saya meluah?

Biarlah.Tuhan mungkin mahu saya simpan sendiri.Tanggung sendiri.


Marjina on 1:05 PM