Hari ni, awal saya dtg kerja.Jarum pendek baru saja hendak mencecah angka 7, saya dah pun turun turun dr bas berjln ke opis.Langit masih gelap.
Alhamdulillah,
Hari ni berjaya juga sampai awal.Berjaya juga saya siapkan apa yg patut saya siapkan untuk hari ini.
Hari ni hari jumaat,penghulu segala hari.
Hari yg saya tunggu dengan penuh debaran, hari yang akan membawa saya kepada sebuha keputusan..keputusan yang mungkin akan melenyapkan segala keresahan..atau mungkin, akan menambahkan lagi kerisauan...Tapi, harapan saya..harapan dia..harap-harapnya ada khabar gembira untuk kami.
Apa yang saya lalui ...dia lalui dlm masa beberapa hari ni..byk buat saya fikir.
Dan saya...minta..mohon..dari kalian semua,kalian yang hanya saya kenali di alam maya...yang hanya saya kagumi di alam maya...(tak terkecuali beberapa teman yg memang saya dah pernah jumpa dialam nyata..) , doakanlah kami berdua..doakanlah penyatuan kami jd nyata..
Sungguh, mmg byk hati yg mengharapkan.. penyatuan kami berdua tidak berlaku, atau..kalau berlaku pun, penyatuan ini terpisah dr kebahagian atau pun..penyatuan ini berselang selikan kisah duka dan airmata...
Lalu...saya mohon bantuan kalian...iringilah doa saya, temanilah harapan saya, sokonglah impian saya.. doakanlah agar penyatuan kami berlaku, penyatuan kami ada anak dan cucu..bahagia seperti meerka-mereka yg bahagia. Saya tk harapkan hidup senang lenang, kaya raya...saya cuma nak hidup saya dan dia, sederhana dan bahagia, dikurnia anak dan kekal tabah bersama berdua sampai hujung nyawa.
iringilah doa saya.. hanya itu saya harap dari kalian..
Marjina on 7:44 AM