Mak...
Mak saya tak berapa sihat.Kalau physically ill,senang saya carikan ubat.Tapi..ibu saya bukan physically ill.Deria sensitiviti pd emosi ibu saya semakin aktif.Hal yang bukan-bukan dan tak wujud muncul dlm kotak fikirannya.Kemudian,barulah dia mula bermurung,memendam rasa,hilang selera...diet mula tidak teratur.Dan yang paling meresahkan,bila dia enggan menelan ubat.Ibu saya mengidap diebetis,darah tinggi dan kencing manis.Semmgnya diet yang sesuai dgn dirinya amat penting dijaga.Kalau tidak,bila-bila masa saja dia boleh rebah dan tak sedarkan diri.

Resah saya melihat gelagat ibu saya.Entah apa yang menjadi dalang dalam fikiran dan hatinya yang menghalang dari dia melihat cahaya kegembiraan.

Tapi,saya buat biasa-biasa saja.Seringkail mengusik dan temakan dia bercerita.Seperti biasa,saya akan sediakan hidangan tengahari untuk saya dan dia.Ada sambal belacan dan ulam pucuk putat.Mesti ada air ais.Semua tu saya buat agar dia berselera utk makan.

Tapi..tak lama lagi saya akan tinggalkan rumah lagi.Saya akan ke Jengka,rezeki saya disitu.dan dia...mula menjadi murung.Hmm...berat hati saya nak pergi kalau ibu saya mcm ni.

Saya masih lagi fikirkan,apa cara utk saya pujuk dia...Hmm...mudah-mudahan ada ilham buat saya...

Barang-barang saya dari jepun dah sampai.Hurey!Dapatlah saya ubat kerinduan saya pd koleksi lagu-lagu yg menimbun dlm pc saya.Alhamdulillah,semuanya ok cuma speaker pc saya ada sket kureng dlm sound kualitinya.huhu.

Kisah saya dan dia.
Saya tak tahu,kenapa saya tak mampu membenci dan buang dia dari hidup saya.Saya tak mampu utk itu.Saya tak reti utk biarkan dia pergi.Saya tak ingin dia lepaskan saya,dan saya tak mahu lepaskan dia.

Buang yang keruh ambil yang jernih.Saya sudah putuskan itu.Dan saya harap saya teguh dgn keputusan itu.

Sayang..betapa hati ini sayang.Tanpa sayang,tak akan ada kesanggupan utk percaya,untuk bangun dari rebah,untuk bangkit dari kecewa.Tanpa kesanggupan,cinta itu tiada kehebatannya.Dan tanpa kehebatan cinta,bagaimana ingin bersama mengharung gelombang dunia?

Ada yang kata,kita harus rasional dlm bercinta.Ya..saya setuju.Tapi hati dan perasaan jarang sekali rasional.Saya terigt kata-kata dlm buku "Selamat Tinggal Sayang"..karya Maa Lee Chuswan..."Perempuan tak pernah dewasa dalam soal perasaan"....saya setuju dgn ayat tu.

Hmm..entahlah.Banyak yang saya fikirkan dlm masa 2 hari ni.

Saya hanya punya doa,hati yang calar balar dan berparut2..Mudah-mudahan doa yang dititipkan dari hati saya ini akan DIA makbulkan.

"Tempat yuri kat sini...kat sini..yuri tak ada tempat lain lagi utk yuri pergi...yuri hanya ada tempat ni,tempat yuri disini..bang..hanya disini..."


Tuhan,pulangkanlah semua hatinya padaku semula..seperti dulu..Tuhanku,andai tiada ketabahan seperti wanita zmn nabi,berikanlah daku ketabahan dan kekuatan yg cukup untuk aku bahagiakan dia disisiku...Ya Allah...betapa aku hanya mahu dia saja.
Amin.

Doa dan kasih syg,dari hati ini..masih utk dia...


Marjina on 3:47 PM